Didikan Suami Diperlukan Untuk Mencantikkan Akhlak Seorang Isteri

Didikan Suami Diperlukan Untuk Mencantikkan Akhlak Seorang Isteri. Setuju?

Di dalam rumah tangga, pasti suami yang menjadi tonggak dan kepala untuk mendidik isteri di dalam apa jua keadaan sekali pun. Sebagai suami tanggungjawab yang harus dipikul amatlah berat berbanding tanggungjawab seorang isteri.

Mendidik seorang isteri sebenarnya tidak semudah yang di sangka. Bukannya sesenang menyebut perkataan kahwin itu sendiri. Isteri merupakan cerminan kepada suami. Cantik anda cantik lah isteri anda, beriman anda beriman lah isteri anda.

Didikan seorang suami sangat lah diperlukan didalam setiap rumah tangga.

Jangan sesekali mengharapkan isteri untuk mendidik suami. Bukannya tugas seorang isteri untuk mendidik suami membentuk rumah tangga yang harmoni.

Sebagai suami dalam melakukan sebarang keputusan anda seharusnya berkongsi rasa dan masalah bersama-sama dengan isteri anda. Mungkin dengan ajak berbual terlebih dahulu membolehkan anda dan isteri anda untuk membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Yang penting sebagai suami anda perlulah sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk membentuk isteri anda kerana cara didikan dari andalah yang akan isteri anda bawa dan gunakan. Sungguh berat peranan suami sebenarnya. Sebagai isteri hanya doa yang mampu mengiringi agar Allah bantu urusan dunia dan akhirat suami anda.