Memang geram bila dedaun hijau pada tanaman berlubang-lubang, ‘dikerjakan’ oleh serangga perosak.
Baik siput, ulat, bena dan sebagainya. Rupanya salah satu cara untuk elakkan perkara ini berlaku, mak-mak boleh buat sendiri racun serangga organik yang mesra alam dengan menggunakan air rebusan Bunga Cengkih.
Bunga cengkih boleh dijadikan sebagai bahan untuk mengawal serangga perosak di laman dan antara pilihan racun serangga organik yang paling mudah untuk disediakan. Cara membuatnya pula cukup mudah.
Bahan-Bahan Diperlukan;
- 2 Sudu Besar Bunga Cengkih
- 1 Liter Air
Cara Membuat:
1. Reneh 2 sudu besar bunga cengkih ke dalam 1 liter air.
2. Biarkan air rebus mendidih sepenuhnya dan matikan api.
3. Biarkan air rebusan sejuk sepenuhnya.
4. Selepas itu, tapis dan masukkan air rebusan ke dalam botol semburan.
Cara Semburan:
1. Sembur air rebusan bunga cengkih tadi di seluruh permukaan tanaman terutamanya di bahagian bawah daun dan pangkal pokok.
2. Sembur air rebusan ini 2 kali sehari selepas siram air pada tanaman, setiap pagi dan petang
Sumber : Mingguan Wanita