Cuma Gunakan Cili dan Bawang Putih Buat Racun Organik Buatan Sendiri

Pening kepala dibuatnya jika tanaman kita di ser ang ser anga seperti Lalat putih, ulat bulu dan Mealy bug. Mahu gunakan Racun Kimia mahal, lagi satu asbab tak suka guna racun kimia sebab akan mencemarkan alam sekitar dan merosakkan ekosistem semula jadi alam.

Untuk kendalikan ra cun ki mia itu sendiri sudah perlu berhati-hati. Apatah lagi apabila kita sembur pada tanaman yang akan masuk perut kita? Bukankah ba ha ya?

Tahu tak bahawa ra cun organik wujud dalam pasaran ? Kita boleh beli rac un organik sendiri atau jika inginkan cabaran, boleh buat sendiri. Mudah sahaja.

Jadi pihak myinfomaya pun mencari resipi buat rac un organik di rumah. Akhirnya jumpa satu untuk saya kongsikan resipi membuat ra cun organik.

Jom team myinfomaya kongsikan Cara kaedah yang betul membuat ra cun organik.

Bahan A:

  • Bawang putih – 1 labu
  • Cili padi – 6 biji
  • Air – 500 mL (satu botol minuman biasa)
  • Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.

Bahan B:

  • Minyak masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh) – 1 sudu makan
  • Sabun pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun) – 1 sudu teh

Alat:

  • Penapis
  • Penyembur – 1.5 L

Cara buat:

  • Kisar semua bahan A dalam pengisar (blender).
  • Seterusnya tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja
  • Simpan pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama

Cara guna:

  • Masuk 100 mL pati dan bahan B ke dalam penyembur
  • Isi air penuh botol penyembur (1.5 L)
  • Goncang sehingga semua bahan sebati
  • Sembur sampai basah daun terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah.
  • Jika pokok tiada masalah serangga, sembur seminggu sekali sebagai kawalan.

Myinfomaya: penggunaan bahan ra cun kimia memberi kesan sampingan terhadap badan manusia. Dengan penggunaan bahan2 organik dapat membantu manusia daripada bah aya.