Cara Untuk Membuat Sambal Kicap Power Yang Sesuai Dimakan Bersama Apa Sahaja. Pasti Berbaloi-Baloi!

Resipi sambal kicap sedap perkongsian saudari Ida Hassan ni nampak biasa-biasa je. Tapi ada ramuan istimewa yang membuatkan ia jadi lebih sedap dan berbeza dengan yang biasa kita makan. Oleh itu bagi siapa-siapa yang kurang mahir buat sambal kicap, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.

Sangat sedap dinikmati bersama mi sup, bihun sup, mi rebus terengganu atau soto. Memang terbaik. Malah jika disimpan dalam peti sejuk, sambal ni boleh tahan hingga sebulan. Memang berbaloi kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI SAMBAL KICAP SEDAP & POWER

**

BAHAN-BAHAN:

  • 1 genggam cili padi
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji limau kasturi ( pilih buah yang masak)
  • 1 cawan kicap manis
  • 2 sudu gula pasir

CARA MEMASAK:

1. Ambil limau kasturi, belah dua dan buang bijinya bagi mengelakkan sambal menjadi pahit.

2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar lumat. Untuk limau kasturi, masukkan 2 biji sahaja. Satu biji lagi hanya perah jusnya sahaja dan kulit dihiris halus.

3. Bila siap dikisar, masukkan kulit limau yang dihiris tadi ke dalam campuran sambal kicap.

4. Letak sambal kicap dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ida Hassan
Sumber : Rasa & Resepi FB