Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kuih Tako ni. Ada yang panggil kuih ni juga sebagai tepung pelita. Terpulang pada masing-masing dengan nama yang anda biasa panggil. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fairus Daud. Terima kasih.
Percubaan pertama buat tepung pelita/kuih tako tanpa sengkuang. Hasil dari tengok beberapa resepi dari group ni, alhamdulillah menjadi. Saya gunakan bahan yang ada ja.
Bahan Yang Diperlukan Untuk Bahagian Bawah (Lapisan Hijau):
- 1 cawan tepung jagung.
- 2 cawan air daun pandan.
- 3 cawan air.
- 1 cawan gula pasir.
- 3 titik pewarna hijau.
Cara Untuk Membuat Bahagian Bawah:
- Masukkan kesemua bahan dalam kuali dan kacau sehingga sebati.
- Buka api dengan perlahan dan kacau adunan tadi sehingga agak pekat.
- Apabila sudah pekat, tutup api, dan sendukkan ke alam acuan daun pandan yang telah disediakan awal.
Bahan Yang Diperlukan Untuk Bahagian Atas (Lapisan Putih):
- 1/2 cawan tepung jagung.
- 2 cawan santan.
- 2 cawan air.
- Secubit garam.
Cara Untuk Membuatnya:
- Masukkan kesemua bahan dalam kuali dan kacau sehingga sebati.
Buka api dengan perlahan dan kacau adunan tadi. Jangan pekat sangat, nanti kejadian dia tak rata. - Sendukkan ke atas bahagian hijau yang dah keras tadi. Biarkan dalam 10 minit.
- Siap untuk dihidangkan. Kalau suke sejuk boleh sejukkan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Selamat mencuba.
Kredit : Resepi FB