Cara Simpan Daun Sup & Daun Ketumbar Supaya Tahan Lama.

Daun sup dan daun ketumbar yang dibeli biasanya tak habis guna kan. Kalau dibiarkan di dalam peti rosak pula sebab bukan tahan lama.

Daun ini lama-kelamaan akan layu dan akhirnya busuk. Banyak cara untuk simpan sayur hijau ini supaya tahan lama.

Tapi tip yang satu ini agak menarik untuk admin kongsikan. Cara ini dimuat naik oleh Puan Nana Aziz

Cara-Cara Menyimpan Daun Sup Agar Tahan Lama

Bahan-Bahan:

  • Daun sup dan daun ketumbar – basuh bersih dan buang sisa pasir.
  • Bekas dadih atau bekas kecil
  • Air

Langkah-Langkah:

1. Ambil daun sup dan ketumbar yang telah dibersihkan. Racik halus seperti saiz anda masukkan ke dalam masakan.

2. Ambil hirisan dan masukkan ke dalam bekas dengan secukupnya. Tuang air sampai menutupi daun-daun tadi.

3. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk beku.

4. Bila nak guna, ambil satu bekas dan masukkan terus ke dalam sup yang sedang mendidih.

Selamat mencuba!

INFO EXTRA: Anda juga boleh guna kaedah ini untuk ‘frozen’kan herba-herba lain juga seperti daun kesum, daun limau purut, daun bawang, halia, lengkuas dan sebagainya.

Sumber: Nana Aziz

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma