
Kami nak kongsikan kepada ada semua cara yang sangat mudah untuk membuat cucur kembung lemak manis. Selama 2 hari berturut buat. Resepi yang mudah, cepat dan sedap sesuai untuk dijadikan snek sarapan pagi, minum petang dan bekalan anda ke pejabat dan sekolah. Sejuk-sejuk pun masih lembut.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Adalah:
- 1 sudu besar yis.
- 1 cawan tepung gandum.
- 2 sudu besar gula.
- 2 sudu besar susu pekat.
- Secubit garam & air secukupnya.

Cara-Cara Untuk Membuatnya Sangat Mudah:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan diatas. Masukkan air sedikit-sedikit dan gaulkan supaya menjadi seperti adunan macam cucur biasa.
2.Pastikan tidak pekat dan tidak cair sangat. Perapkan selama setengah jam hingga 1 jam.
3. Akhir sekali gorengkan macam biasa. Bulat-bulatkan dan goreng tau. Bentuk terpulang pada anda. Selamat mencuba.
Nak MENANG Hadiah Menarik selain resepi dan tips mudah ?
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/inspirasiresepicom