Tip Dan Cara Simpan Limau Kasturi Cara Ini Agar Tahan Lama, Mudah Guna & Tak Membazir!

Limau kasturi ni memang sedap dan banyak guna. Sesuai jika digunakan untuk jus, sambal belacan dan sebagainya. Namun andai dibeli, dalam 1 paket ada banyak biji. Mustahil boleh habis guna dalam masa sehari. Baki buah yang tinggal jika dibiar, lama kelamaan limau kasturi akan jadi kecut dan busuk. Hmm…rugi-rugi.

Tapi ada cara bijak untuk simpan limau kasturi perkongsian saudari Siti Fatimah Abas yang anda boleh cuba. Silakan share. Moga bermanfaat.

Tip Berjimat Di Dapur: Cara Simpan Buah Limau Kasturi

Bahan-Bahan:

  • Limau Kasturi
  • Tapis
  • Bekas ais

Cara-Cara:

1. Bersihkan buah limau dan potong dua.

2. Perah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.

3. Setelah habis diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.

4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.

5. Kemudian bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.

6. Jika nak guna, ambil 1-2 kiub limau kasturi dan masukkan ke dalam masakan, minuman ataupun sambal belacan.

7. Selamat mencuba!

Sumber: Siti Fatimah Abas Via Rasa

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma