
Bagi yang ingin mencuba resipi roti canai yang mudah dan ringkas, jom cuba buat resipi ni.
Bahan bahan penyediaannya pun mudah. Jom lihat cara membuatnya.
Bahan-bahan
- Tepung gandung 1kg
- gula
- garam
- air suam
- planta 2sudu
- minyak masak 3sudu
- kuning telur sahaja(sebijik)

Cara-cara
- larut kan garam,gula bersama air suam..
- planta,telur dan minyak masak gaulkan bersama tepung td..
- masuk kan air td sedikit demi sedikit..
- uli sampai doh x melekat di tangan
- (Jika lembik tambah kn tepung…klu keras renjis kan air dan uli semula
- siap di uli biarkan dlm 10 minit..kemudian boleh buat doh bulat2..
- doh td sapu dengan Planta,,biar semalaman esok pg baru tebar..
Kredit: resepi MAMA Via Keluarga
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, Klik Sini: Barang Murah & Berkualiti