Cara Buat Lepat Boko Ubi Kayu Yang Sedap, Peniaga Ini Kongsi Resepinya

Sedapnya kalau dapat menikmati Lepat Boko Ubi Kayu ni. Rasanya yang lemak-lemak manis, memang tak jemu dimakan.

Resepinya pun tak susah. Menerusi perkongsian saudari Qaisara Qistina, beliau berkongsi satu resepi Lepat Boko Ubi yang cukup mudah.

Asalnya resepi ini beliau gunakan untuk berniaga semasa PKP dahulu. Memang laris! Memang dijamin menjadi. Jom lihat cara-cara
pembuatannya.

Resepi Kuih Lepat Boko Ubi

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan parutan ubi kayu
  • 2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • 1 sudu makan gula
  • Daun pisang secukupnya

Bahan Bahagian Putih:

  • 200ml santan
  • 1 1/2 cawan air
  • 4 sudu tepung beras (1/2 cawan)
  • 1/2 sudu teh garam

Cara Membuatnya:

1. Satukan parutan ubi kayu, gula merah, air dan gula di dalam periuk. Masak hingga likat. Ketepikan.
2. Untuk bahangian putih, satukan semua bahan dan masak hingga agak likat.
3. Sudukan adunan parutan ubi di atas daun pisang.
4. Kemudian letakkan bahagian putih diatasnya.
5. Lipat daun pisang dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
6. Kukus Kuih Lepat Boko Ubi selama 20 minit.
7. Angkat, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Kredit: myresepi.com