Cara Buat Kuih Lapis Guna Sukatan Cawan Lebih Mudah. Confirm Menjadi

Kuih lapis ini ramai peminatnya, budak-budak pun suka. Boleh makan waktu pagi dan juga petang.

Nampak macam remeh nak buat tapi sebenarnya mudah saja, nak lagi senang ikut sukatan cawan. Gerenti jadi.

Boleh ikut resipi ini yang dikongsi oleh Shameema Ahamed ini, katanya sudah banyak kali membuat kuih ini guna resipi yang sama dan ia tak pernah mengecewakan.

Buat Kuih Lapis Guna Sukatan Cawan Lagi Mudah

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula (nak lebih manis tambah 1/4 cawan lagi ke dalam adunan)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan santan pekat (saya guna santan kotak)
  • 1/2 cawan susu cair (saya guna santan cair)
  • 3 cawan air
  • Pewarna ikut cita rasa

Cara Membuat

1. Mula-mula, panaskan periuk pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Sementara itu sapukan sedikit minyak pada loyang.

2. Satukan santan, susu cair, air, gula dan garam. Kacau perlahan-lahan sampai larut.

3. Kemudian ambil 3 jenis tepung tadi, masukkan ke dalam bancuhan santan tadi. Kacau sebati kemudian tapis ke dalam bekas lain.

4. Bahagikan adunan yang ditapis kepada 2 atau 3 bahagian ikut warna yang mahu digunakan. Bahagikan sama rata. Boleh guna senduk.

5. Kemudian titiskan warna pada adunan yang dah dibahagikan tadi.

6. Dah boleh mula kukus, letak loyang ke dalam pengukus dan tuang adunan untuk lapisan pertama. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain supaya air tak menitis.

7. Kukus selama 5 minit setiap lapisan, guna api yang kuat. Kemudian boleh buat lapisan kedua dan seterusnya.

8. Untuk lapisan terakhir, lebihkan masa sedikit. Kukus sekejap selama 15 minit.

9. Sejukkan sebelum dipotong. Potong guna pisau plastik.

Selamat mencuba

Sumber: Shameema Ahamed & Naz Reen