Cara Buat Garlic Spread Homemade, Modal Tak Sampai RM10 Boleh Dapat Satu Botol

Tidak dinafikan, pasti ramai penggemar garlic bread kan? Rupanya tak susah mana pun cara buat garlic spread homemade, hanya perlu menggunakan 3 bahan sahaja.

Modal yang digunakan juga tak sampai RM10! Jimat sangat berbanding beli. Bakar roti, sapukan garlic spead ini dan dicicah pula dengan sup cendawan yang berkrim. Sedap yang amat!

Rasa roti yang tawar pun akan menjadi sedap apabila ditambah garlic spread ini. Bila dah siap buat, simpan dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama. Boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Jom lihat cara membuatnya di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Aida Md Tahir.

Cara Buat Garlic Spread Homemade

Bahan-Bahan:

  • Sebuku butter
  • Bawang putih (cincang halus dalam 2 genggam)

Cara-Cara:

1. Dalam mangkuk, satukan butter yang sudah lembut dan bawang putih yang sudah dicincang. Gaulkan sebati. Masukkan juga parsey flakes dan gaul rata.

2. Simpan dalam bekas tertutup dan letak dalam peti ais.

3. Sapu garlic spread pada roti dan bakar dalam oven atau atas kuali.

Kredit: Aida Md Tahir Via Myresipi