Cara Buat Cucur Udang dan Sos Cili Merah, Simple Tapi Sedap

Cucur udang memang sedap dimakan ketika panas-panas. Cecah pula dengan sos atau sambal kicap. Melalui akaun facebook, Izwahani Zainal berkongsi resepi membuat jemput-jemput udang.

Resepinya simple saja tapi rasanya cukup sedap dan sambalnya pula menambah cita rasa. Izwahani tidak menggunakan serbuk penaik sebaliknya dia menggantikannya dengan telur ayam.

CUCUR UDANG

BAHAN-BAHAN

  • Tepung gandum 
  • Telur ayam
  • Bawang besar : potong dadu 
  • Kucai : hiris halus
  • Lada merah : hiris halus
  • Udang saiz sederhana secukupnya : disiang bersih
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT

1. Satukan tepung dengan telur ayam, bawang besar, kucai, lada merah.

2. Masukkan udang dan garam.


3. Bancuh dengan air sehingga teksturnya tidak pekat dan tidak cair. Sesuai untuk digoreng.


3. Panaskan minyak masak dan goreng sesudu demi sesudu sehingga habis bancuhan.

SOS LADA MERAH

BAHAN-BAHAN

  • Cili merah
  • Bawang putih
  • Garam
  • Gula
  • Cuka/limau kasturi
  • Air masak

CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga lembut.

Selamat mencuba!

Kredit: Izwahani Zainal Via Rasa

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, Klik Sini: Barang Murah & Berkualiti