
Mesti ramai yang suka makan Buko Pandan kan? Rasa segar je bila dah makan. Apatah lagi, makan sejuk-sejuk waktu panas. Kalau buat sendiri, lagi best. Dapat makan banyak. Anda semua pun boleh cuba tau.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Aisyah Ismail perkongsian resipi Buko Pandan ini 🙂

Bahan-bahan:
- Agar-agar
- Pewarna hijau
- Daun pandan
- Gula
- Air kelapa
- Susu pekat
- Susu cair
- Nata de coco
- Isi kelapa muda
- Sagu putih
Cara Membuat:
1. Mula-mula, masak agar agar bersama air ditambah dengan 2 helai daun pandan dan sedikit pewarna hijau serta sedikit gula. Biarkan sejuk dalam peti.
2. Masak sagu putih. Yang ini biar sagu itu bersinar elok.
3. Kemudian, masukkan air kelapa, susu pekat dan susu cair. Kacau sebati.
4. Akhir sekali, masukkan agar-agar hijau, sagu, isi kelapa muda dan nata de coco. Boleh dihidangkan.
Siap!
Sumber: Aisyah Ismail(Facebook) Via IcookAsia