Cara Buat Ayam Goreng Ala Mamak, Rangup Krup Krap Tak Boleh ‘Stop’ Makan

Resepi Ayam Goreng Ala Mamak ini telah dikongsi oleh Puan Har Ryea di laman sosial Facebook.

Menurutnya, ayam goreng ini dimasak oleh anaknya. Hasil ayam goreng ini sangat rangup krup krap sehingga kedua-dua ibu dan anak tak boleh berhenti makan.

Kalau ada yang nak cuba buat, ikut saja cara-cara lengkapnya di bawah. Selamat mencuba!

RESEPI AYAM GORENG ALA MAMAK

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam (bersihkan)
  • 2 cawan tepung jagung*
  • 3 sdb tepung beras*
  • 1 sdb serbuk kari daging*
  • 1 sdb jintan manis*
  • 1 sdb jintan putih*
  • 1 sdb maggi cukup rasa*
  • 2 biji telur*
  • 2 inci halia – dikisar
  • 5 ulas bawang putih – dikisar
  • Garam & ajinomoto*
  • Sedikit air *
  • Pewarna oren & merah (agak-agak ya)*
  • Beberapa helai daun kari

Cara-Cara:

  1. Dalam mangkuk, masukkan semua bahan-bahan bertanda (*) dan bahan-bahan kisar. Gaulkan sebati dengan air sedikit demi sedikit sehingga pekat sedang-sedang. Jangan pekat dan jangan terlalu cair.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Perap lebih kurang 10 hingga 15 minit.
  3. Panaskan minyak, kemudian boleh mula menggoreng ayam. Masukkan juga 6 helai daun kari. Goreng sehingga garing dan wangi
  4. Angkat ayam bersama daun kari.
  5. Ulang menggoreng sehingga ayam habis.

Siap, selamat mencuba!

Kredit: Har Ryea Via Myresipi