Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!

Ayam Goreng 65 antara menu favourite kalau makan di kedai mamak. Makan dengan nasi dan kari, memang layan. Ramai juga cuba resepi ni di rumah tapi tak menjadi. Rupanya nak goreng pun ada caranya. Nak tahu caranya?

Kali ini jom kita belajar cara memasak Ayam Goreng 65 mengikut resepi perkongsian Sheena Supramaniam.

AYAM GORENG 65 @ CHICKEN 65

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm – 800gm ayam | dipotong kecil
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • Daun kari
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN PERAPAN:

  • 2 sudu besar bawang putih & halia | dikisar
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 ½ sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk cili kashmiri | optional
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu besar yogurt
  • 1 sudu besar serbuk lada putih

CARA MEMASAK:

1. Di dalam mangkuk berisi ayam, masukkan semua bahan perapan ayam dan gaul sebati.

2. Tutup mangkuk dengan aluminium foil atau masukkan ke dalam bekas kedap udara. Simpan di dalam peti sejuk. Perap sekurang-kurangnya 1 jam dan maksimum semalaman. (Empunya resepi perap selama 4 jam)

3. Selepas perap, masukkan tepung jagung dan tepung beras.

4. Masukkan daun kari dan gaul sebati.

5. Panaskan minyak dan biarkan api kecil sehingga minyak betul-betul panas. Lebih kurang 5 minit.

6. Bila api sudah panas, masukkan ayam dan naikkan api kepada sederhana besar.
7. Selepas masukkan ayam, jangan kacau selama 2 minit. Kemudian, pusing sebelah lagi dan biarkan selama 2 minit. Ulang langkah ini untuk seminit atau 2 minit. Masa untuk masak ayam ini dalam 5 hingga 7 minit sahaja.

8. Angkat ayam dan perah sedikit limau nipis sebelum dimakan.

Sumber: Sheena Supramaniam Via Rasa