Cara Buat Apam Pandan Yang Sedap Dan Gebu, Sekali Ngap Dah Habis

Resepi Apam Pandan. Resepi ni mudah sahaja. Yang pasti apam yang akan dihasilkan nanti memang sedap dan gebu. Selamat mencuba.

Bahan Yang Diperlukan Adalah:

  • Telur 4 biji gred A.
  • Gula setengah cawan (nak manis boleh tambah gula).
  • 1 sudu besar ovelett.
  • Esen vanila 1 penutup.
  • Setengah cawan susu pekat.
  • 6 sudu besar santan pekat.
  • Sedikit air daun pandan yang diblender.

Cara Membuatnya:

  1. Mixer sampai sebati semua bahan. Bila dah sebati masukkan 2 cawan tepung gandum & mixer sampai sebati lagi.
  2. Kemudian kukus dalam 25 ke 30 minit atau sehingga masak.
  3. Sebelum kukus, sapu planta sedikit kat acuan agar tak melekat.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Nak MENANG Hadiah Menarik selain resepi dan tips mudah ?
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/inspirasiresepicom