Cara Buat Air Bandung Laici Cincau Paling Sedap & Kaww. Segelas Memang Tak Cukup!

Air bandung laici cincau antara minuman yang sering dicari digerai-gerai minuman terutamanya di bulan Ramadhan. Warna merah jambu yang memikat dan rasanya yang sedap lemak-lemak manis digemari semua peringkat usia tidak kiralah kanak-kanak mahupun golongan dewasa.

Sebenarnya tidak susah untuk hasilkan air bandung laici cincau yang istimewa ini. Anda hanya perlu pastikan bahan-bahan yang diperlukan lengkap dan cukup. Barulah hasilnya sempurna seperti yang diinginkan.

Bagi yang teringin untuk membuat sendiri air bandung laici cincau ini, Resipi yang telah dikongsikan oleh Ben Safwan ini antara yang menarik perhatian dan nampak membuka selera. Jom cuba!

AIR BANDUNG LAICI CINCAU PALING SEDAP & KAWW!

Bahan-bahan:

  • 1 tin buah laici
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 3 sudu makan kacang tanah goreng (ditumbuk kasar)
  • 3 1/2 sudu makan sirap cap rose
  • 1 sudu makan biji selasih
  • 5-6 biji kurma merah
  • 50-60 gram cincau hitam

Cara-cara Membuatnya:

1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sambil tu, boleh sagat cincau hitam.

2. Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas.

3. Masukkan buah laici tin termasuk airnya sekali. Kacau sebati.

4. Boleh mula masukkan semua bahan lain seperti kurma, biji selasih dan cincau hitam yang telah disagat tadi. Kacau rata.

Kalau anda suka air soda, boleh juga masukkan.. tapi Ben suka cara macam ni. Boleh ikut citarasa kesukaan masing-masing ye” – Ben Safwan

4. Sekarang dah boleh masukkan ais.

5. Tak perlu tambah air kosong. Cukup dengan ais sahaja. (Nanti ais akan mencair juga)

6. Kemudian, tabur kacang tanah yang telah ditumbuk tadi di bahagian atas.

6. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Ben Safwan