Jika teringin nak makan rempeyek yang rangup, buat sahaja sendiri di rumah menggunakan kulit popia. Mudah sahaja sebenarnya cara membuatnya, tidaklah sesukar yang disangka. Jom kita cuba resepi yang dikongsi oleh Shal Anne Ahemed ini.
RESEPI REMPEYEK MODEN
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia (tidak kisah jenama apa pun)
Kacang tanah (disangai dahulu)
Ikan bilis
Sedikit tepung gandum dan air (bancuh)
Jintan manis dan jintan putih (dikisar bersama)
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong kulit popia kepada 4 bahagian.
2. Letakkan sedikit bancuhan tepung dan air pada kulit popia yang sudah dipotong tadi.
3. Kemudian, taburkan kacang, ikan bilis dan juga jintan yang telah dikisar.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan.
5. Siap!
Sumber : Shal Anne Ahemed Via Rasa