Buat Puding Susu Nata De Coco Guna Sukatan Cawan Gerenti Menjadi

Bila selesai menikmati makan malam, teringin pula nak makan yang manis-manis seperti puding. Apa kata kita buat puding untuk dinikmati bersama keluarga. Buat dalam bekas kecil pasti anak-anak pun suka.

Puding Susu Nata De Coco

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung kastard
  • 5 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 tin susu cair

Cara Memasak:

1.Masak sampai likat dan berkilat.

2.Sejukkan masukkan dalam bekas.

3.Letak cocktail, nata de coco dan curah susu.

4.Sejukkan dalam peti sejuk

Kredit: Iffy Iruzza Via Myresepi