Mata adalah salah satu deria paling penting pada tubuh kita. Dengan mata kita mampu menikmati kehidupan yang sihat serta keindahan alam yang sangat bernilai ini. Oleh itu sangat penting untuk kita menjaga kesihatan mata agar terhindar dari pelbagai jenis penyakit mata. Menjaga mata dengan baik adalah salah satu cara kita mensyukuri nikmat yang diberikan.
Sesungguhnya antara keajaiban Al-Quran itu adalah sebagai penyembuh. Seperti Firman Allah dalam Surah Al-Isra’:
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٞ وَرَحۡمَةٞ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارٗا “Dan Kami turunkan dari al-Qur`an suatu yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Qur`an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”
Ustaz Amin dalam ceramahnya telah berkongsi suatu amalan doa yang telah diperoleh ketika beliau menziarahi ulama’ di Mekah. Syaratnya doa ini perlulah diamalkan setiap kali selepas solat Fardhu.
1. Tangan dikepalkan (seperti yang ditunjukkan dalam video)
2. Membaca selawat (3 kali)
3. Membaca “La ilaha illa Allah, Nurul ‘Ain, Muhammadurrasulullah, Qurratul ‘ain (3 kali)
“لا إله إلا الله ، نورُ العين محمدُ رسولُ الله قُرَةٌ العين”
4. Membaca
Ayat 22 dari Surah Qaf (bermula dari kalimah فَكَشَفْنَا)
(3 kali)
“فَكَشَفْنَا عَنكَ
غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ”
Maksud: “…Maka Kami singkapkan tutup
(yang menutupi) matamu, sehingga penglihatanmu pada hari ini sangat tajam”
Sebagai manusia, kita hanya mampu berusaha dan bertawakkal. Tidak ada yang mustahil bagi Allah. Jika Dia mengizinkan, pasti akan diberi kesembuhan. InsyaAllah.