Biskut Cornflakes Susu, Rangup Di Luar & Cair Di Mulut. Resepi Mudah Tanpa Guna Oven & Mixer!

Teringin nak buat biskut raya, tapi tiada kelengkapan yang lengkap? Ibu-ibu jangan risau, boleh cuba resepi biskut cornflakes susu ini kerana tidak perlu menggunakan pemutar (mixer) ataupun oven sama sekali.

Biskut ini bukan saja mudah untuk dibuat, rasanya juga sedap kerana rangup di luar dan cair di mulut. Sesuai juga dimakan oleh anak-anak kecil. Bolehlah ibu-ibu cuba buat untuk hidangan di pagi hari raya nanti.

RESEPI BISKUT CORNFLAKES SUSU TANPA OVEN & MIVER

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan tepung gandum (digoreng/disangai)
  • 1 cawan minyak sapi + 1 sdb
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 cawan cornflakes (diramas)
  • Susu tepung untuk salut

Cara-Cara:

1. Cairkan minyak sapi. Ketepikan dalam sebuah bekas.

2. Kemudian, sangai (goreng tanpa minyak) tepung gandum selama lebih kurang 5 minit. Bila tepung dan menjadi ringan, dah boleh angkat.

3. Tak perlu tunggu tepung sejuk, terus masukkan ke dalam campuran gula kastor dan cornflakes. Gaulkan sehingga semua bahan kering sehingga sebati.

4. Seterusnya masukkan minyak sapi yang telah dicairkan tadi. Gaulkan sehingga sebati.

5. Sekarang dah boleh bentukkan adunan kepada bulat-bulat kecil.

6. Akhir sekali, salutkan dengan susu tepung sehingga bersalut rata.

Siap, selamat mencuba!

Kredit: Siti Nailah AlFarafisha Roslan Via Myresipi