Bagi mak-mak tip ni kena kena simpan, sangat berguna bila sesi persekolahan baru bermula. Maklumlah kan waktu tu baju anak masih putih baru. Kalau tak memang tiga bulan baju baru dah jadi kedam.
Cara yang dikongsi Puan Leena Hassan ini sangatlah berguna dan jimat pula tu. Belajar daripada sepupunya seorang jururawat tentang cara mengekalkan baju unifom supaya kekal putih katanya dia hanya menggunakan sabun mandi saja.
Cara tersebut dipraktikkan untuk mencuci baju sekolah anaknya, ternyata memang berkesan. Bukan saja putih bersih, wangi pulak tu. Paling penting jimat tak perlu beli lagi pencuci yang mahal.
Bagi mak-mak yang ada anak sekolah tahun depan boleh ikut ya cara Puan Leena ni. Confirm kurang sikit membebel, sebab dah cuba!
Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih. Tapi tidak pernah menjadi.
Guna Clorox, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna Vanish, kos tinggi. So saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse menjaga uniform untuk sentiasa putih?
Nahhhhhh, Nin diaaaa cara-cara nya. Anda boleh cuba untuk uniform anak sekolah nanti.
Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan.
Rendam baju-baju putih dengan sabun Lux yang diparut selama 1 malam. Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa. Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental.
Dah siap, putih bersih kan
Simpan dan share tip ni dengan ibu-ibu lain ok! Terima kasih Puan Leena.
Sumber: Leena hassan via myinfomaya Via Akak Pesan
Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma