Serangga Kamitetep atau Phereoeca Uterella
Serangga ini dikenali sebagai kamitetep atau nama saintifik seperti yang dinyatakan dalam Wikipedia adalah Phereoeca Uterella yang dikatakan berb4haya jika ia membiak di kawasan rumah kerana serangga ini memakan fabrik untuk meneruskan kehidupannya.
Kebiasaannya, serangga ini akan ditemui di dalam rumah di bawah timbunan pakaian yang lama atau pun di dalam almari pakaian, kain atau baju. Jika anda menjumpainya di rumah adalah lebih baik anda menghapuskannya segera sebelum ia mer0sakkan pakaian anda.
Untuk membina kepompong, ia amat memerlukan tanah, debu atau pasir yang menjadikan kepentingannya. Kadangkala, kepompong serangga ini akan terbentuk daripada kulit kayu yang lembut dan sebab itu juga ia dikenali sebagai Plaster Bageorm.
Seperti yang dikongsikan laman Impiana, untuk terus hidup serangga ini memerlukan habitat yang lembab dan tidak kering. Manakala kain atau fabrik yang menjadi kesukaannya adalah seperti sutera, kain yang berbulu dan juga kadangkala rambut manusia juga menarik perhatian dan minatnya.
Apabila anda digigit serangga ini sama ada dalam sedar atau tidak, ia akan membuat kulit anda menjadi gatal dan anda akan menggaru dengan kerap di bahagian digigitnya itu. Malahan kulit akan menjadi kemerah-merahan dan agak sukar untuk menghilangkan kegatalan itu dengan cepat. Hindari serangga ini daripada anak kecil kerana kulit mereka sangat sensitif.
Cara Mengatasi Masalah Serangga Kamitetep
Berikut dikongsikan bagaimana cara untuk anda mencegah dan membasmi serangga ini daripada terus membiak di dalam rumah anda. Anda wajib menghindari serangga ini kerana dikhuatiri akan merosakkan semua pakaian anda di rumah.
1. Wajib memastikan ruang simpan baju atau almari pakaian anda tidak lembab.
2. Jagalah kebersihan kawasan rumah terutamanya habuk yang banyak dan barang-barang yang tidak digunakan lagi.
3. Anda perlu memastikan pakaian yang dibasuh betul-betul kering sebelum dimasukkan ke dalam almari atau tempat simpanan pakaian.
4. Jika anda menyedari kehadiran kamitetep, adalah wajib untuk anda melakukan pembersihan dan penyelenggaraan di seluruh ruang dan hapuskan segera serangga tersebut.
5. Bersih sarang labah-labah atau dipanggil juga sebagai sawang yang terdapat di dalam rumah. Sawang juga dikatakan amat disukai binatang unik dan kecil ini.
Walau bagaimanapun, ketika anda ingin membasmi serangga kamitetep ini, anda disarankan tidak menggunakan tangan kerana dikhuatiri ia akan menggigit anda yang kemudiannya akan meninggalkan rasa gatal yang teramat sangat dan sukar untuk dihilangkan.
Jadi, berhati-hatilah dengan makhluk perosak ini sebelum ia menjadi lebih banyak dan menghuni di dalam rumah anda. Perkara utama yang harus diberi perhatian adalah kebersihan secara keseluruhan rumah, pasti tiada lagi masalah ini.
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih