Anak Terengganu Guna Skil Lukis Mural Abadikan Wajah Wira Negara Tanda Terima Kasih, Cantik!

July 1, 2020 rencah7 0

Semenjak penularan wabak Covid-19, telah ada beberapa individu diangkat sebagai wira negara. Mereka juga merupakan pasukan yang berada di barisan paling hadapan petugas kesihatan dan keselamatan yang mampu mengendali pandemik ini dengan cemerlang.
Antara yang diangkat sebagai wira ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Selain menjadi wira negara, mereka juga sekarang merupakan kesayangan rakyat Malaysia.
Melalui perkongsian oleh Suhaimi Ali di laman Facebooknya, dia telah berkongsi gambar mural yang dilukisnya di sebuah dinding di Shah Alam. Dia yang merupakan seorang pelukis mural menggunakan lukisan tersebut sebagai tanda terima kasih kepada mereka.
Hasilkan Mural Sebagai Tanda Terima Kasih
Suhaimi Ali, seorang pelukis mural yang merupakan ..

Kek Karot Simple Tapi Sedap

July 1, 2020 rencah7 0

Selain kek mentega , kek oren dan kek marble, kek yang menjadi kesukaan ramai ialah kek karot. Parutan karot pada kek memberi rasa yang enak dan tidak muak makan. Buatnya pun tak susah.

Kek Karot

Bahan-bahan-
1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 batang karot (diparut jadikan 1 cawan)
1 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu kecil ovalete (kalau tak letak punn takpe)
1/2 cawan minyak
Sedikit kismis atau walnut

Toping-
250gm cream cheese
6 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila

Cara memasak –

1.Pukul telur, gula perang, ovalete hingga kembang
2.Masukkan esen vanila dan karot
3.Masukkan minyak
4.Ayak tepung dan serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
5.Kacau sebati dan masukkan kismis atau walnut
6.Lapikkan loyang dengan baking paper bawahnya dan tuangkan adunan
7.Panaskan oven suhu 175 dan bakar selama 45-50 minit atau sehingga kek masak bergantung kepada oven masing-masing.
8.Dah siap sejukkan kek baru le..

Resepi Masak Lemak Ikan Talang Masin Kalau Makan Mesti Asyik Tambah

July 1, 2020 rencah7 0

Resepi Masak Lemak Ikan Talang Masin ini merupakan resepi kampung yang amat popular di Malaysia. Ianya berasal daripada Negeri Sembilan. Hidangan ini selalunya dimasak bersama dengan nenas. Walaupun namanya ikan talang masin, rasanya tidak masin malahan berlemak. Dengan gabungan bersama nenas, hidangan ini menjanjikan rasa masam – masam manis berlemak yang pastinya digemari oleh anda semua.
Masak Lemak Ikan Talang Masin ini amat sesuai jika dihidangkan bersama – sama dengan ulam – ulaman serta sambal belacan. Jika di restoran, hidangan ini mungkin akan menjadi sedikit mahal. Oleh itu, lebih berbaloi jika anda sendiri menyediakannya di rumah. Pasti lebih kena dengan selera anda dan mesra ekonomi.
Cara memasak lauk ini juga mudah untuk disediakan. Bahan – bahannya boleh didapati di pasaraya berhampiran anda. Oleh itu, jika anda inginkan masakan kampung, resepi ini amat sesuai buat anda!
Resepi ini telah dikongsikan oleh NoorHayani Mangsor dan mendapat likes serta shares yang banyak..

‘Face Mask’ vs ‘Face Shield’. Yang Mana Lebih Sesuai Untuk Anak? Ini Kata Pakar

July 1, 2020 rencah7 0

Penggunaan pelitup separuh muka (face mask) bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun sepanjang berada di dalam kelas adalah tidak digalakkan kerana boleh mengundang risiko keselamatan, kata Pakar Perunding Kanan Pediatrik Datuk Dr Amar Singh.
Risiko Face Mask Untuk Kanak-kanak Bawah 5 Tahun Bekas Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh itu berkata kanak-kanak pada peringkat usia tersebut, terutama yang percakapannya belum lancar atau mempunyai masalah kesihatan seperti asma, mungkin berdepan kesukaran jika memakai pelitup separuh muka untuk tempoh yang lama.
“Mereka ini mungkin boleh pakai untuk sementara sahaja.
“Kanak-kanak yang ada masalah kesihatan seperti asma atau sakit jantung kita tidak cadangkan pakai pelitup separuh muka untuk tempoh lama kerana bimbang mereka akan sesak nafas. Lebih membimbangkan kalau yang belum pandai bercakap (untuk beritahu masalah),” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Dr Amar Singh mengulas peraturan beberapa tabika ..

Daging Masak Kicap Berempah, Memang Asli Kesedapannya

July 1, 2020 rencah7 0

Cara masak macam masak kari , tapi tambah sedap bila ditambah kicap Selain daging boleh juga diganti ayam, ikan atau sotong.
Apa pun masa menumis, pastikan ia betul-betul pecah minyak dengan aroma wangi rempah kari tuh. Jom semak resipi perkongsian dari June Ahmad…
DAGING MASAK KICAP BEREMPAH

BAHAN-BAHAN :

1 kilo daging @ 1 ekor ayam @ ikan @ sotong 3 sudu rempah kari daging babas 5 sudu kicap soya pekat 5 sudu kicap manis
** kicap ikut suka citarasa, nak warna gelap boleh tambah lagi kicap pekat. Garam secukup rasa Serbuk perasa | jika suka 3 asam keping 1 biji bawang besar Beberapa tankai cili padi | ikut tahap kepedasan disukai 2 tangkai daun kari Minyak dan air secukupnya Bahan tumis:
5 ulas bawang putih 5 ulas bawag merah 1.4 sm halia 1 kayu manis 3 bunga lawang 3 biji buah pelaga 4 bunga cengkih CARA MEMASAK ::
1.Panas minyak, masuk bahan tumis bila dah kekuningan masuk rempah kari dan daging. Masak hingga daging agak lembut.

2.Selepas itu masuk kicap pekat, kicap manis,..

Resepi Lepat Cendol Versi Acuan Lompang Makan Sekali Ngap Sahaja!

June 30, 2020 rencah7 0

Lepat Cendol merupakan salah satu hidangan popular buat minum petang di Malaysia. Rasanya lemak manis oleh kerana gabungan cendol, santan dan gula melaka. Kali ini, kami bawakan resepi lepat cendol ini khas buat anda semua. Walaubagaimanapun, resepi kali ini lebih unik kerana menggunakan acuan lompang yang lebih kecil dan didalam bit-sized.
Oleh kerana saiz nya yang kecil, makan pun dengan sekali ngap sahaja! Ianya juga boleh dimakan oleh semua lapisan masyarakat, namun begitu, anda harus perhatikan kanak – kanak apabila mereka makan kerana khuatiri tercekik akibat tekstur lepat yang lebih melekat – lekat.
Cara pembuatan lepat cendol ini amat mudah serta bahan – bahannya mudah untuk didapati. Kini, bolehlah anda menyediakannya sendiri. Mari kita lihat resepi yang telah dikongsikan oleh Hanna Rahman dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial!
Resepi Lepat Cendol Imej via Facebook Bahan – bahan: 1 cawan tepung jagung2 sudu besar tepung hoen kwe1 cawan gula5 1/2 cawan santa..

KL Tower Tawar Tiket Masuk Percuma Ke Observation Deck Hingga 31 Julai Ini

June 30, 2020 rencah7 0

Nampaknya ramai yang menyambut baik diskaun dan promosi yang ditawarkan sempena pembukaan semula tempat-tempat lawatan.
Untuk ibu ayah terutamanya, ada lagi satu BERITA BAIK!
Menara Kuala Lumpur / KL Tower akan mengadakan kempen “WE ARE FREE! – Masuk Percuma!” sepanjang bulan Julai ini sempena pembukaan semula kepada para pengunjung.
Tiket masuk PERCUMA ini adalah untuk ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) dimana harga asal adalah RM30.
Kempen ini diwar-warkan oleh pihak Menara Kuala Lumpur salah satu post terkini menerusi Facebook mereka.
BERITA BAIK untuk semua! 🎉🎊Menara Kuala Lumpur akan mengadakan kempen “WE ARE FREE! – Masuk Percuma!” sepanjang bulan…
Posted by Menara Kuala Lumpur (KL Tower Official) on Monday, June 29, 2020
Tempoh Kempen Promosi tiket percuma “WE ARE FREE! – Masuk Percuma!” ini bermula dari 1 hingga 31 Julai 2020.
Pelancaran kempen ini secara langsung di Facebook Menara Kuala Lumpur (KL Tower Official) pada 4 Julai 2020 jam 11.30 pagi.
Terma & Syar..

Acar Rempah Timun Siap Ada Telur Puyuh , Sedapnya.

June 30, 2020 rencah7 0

Acar rempah timun telur puyuh ni memang sedap dimakan dengan nasi tumis sperti Nasi Minyak, Nasi Tomato dan juga nasi biasa. Lagi lama disimpan lagi sedap rasanya.

Keenakkan hidangan ini bila sayur dikunyah rangup dan telur puyuh rebus lembut. Rasa rempah diseimbangkan dengan rasa masam cuka. Jom semak resipi perkongsian Nadia Arissa ini.
ACAR REMPAH TIMUN TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN
BAHAN A:

Telur puyuh (rebus dan kopek kulit)
1 biji timun – di potong jejari
1 biji lobak merah – di potong jejari
Bawang merah ros – dibelah dua
Cili merah dan hijau
3 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar kerisik
Cuka
Garam
Gula Biji Sawi
BAHAN-BAHAN B (DIHIRIS):

2 biji bawang merah ros
2 ulas bawang putih
1 inci halia BAHAN-BAHAN C (DIKISAR):

3 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
Segenggam udang kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan hirisan hingga naik bau.
2. Masukkan..

Resepi Apam Pisang Tanpa Telur Lejen Confirm Semua Suka Bila Makan

June 30, 2020 rencah7 0

Apam Pisang, siapa sahaja tidak menggemarinya? Apam Pisang merupaka salah sebuah hidangan yang amat sinonim dengan rakyat Malaysia. Ianya sedap, manis dan berlemak. Ianya juga boleh dihidangkan kepada semua lapisan masyarakat. Kali ini, kami bawakan resepi apam pisang ini khas buat anda.
Namun begitu, resepi kali ini unik sedikit tanpa kehadiran telur dalam bahan – bahannya. Oleh itu, ianya amat sesuai disediakan oleh mereka yang sedang diet ataupun mengamalkan vegetarian. Walaupun tanpa telur, rasanya juga masih lazat lagi tau! Cara pembuatannya juga amat ringkas, hanya dengan tiga langkah mudah sahaja anda dapat menghasilkan hidangan ini.
Buat yang sedang berdiet, anda juga boleh untuk tidak meletakkan gula didalam hidangan ini dan kalorinya juga lebih jimat. Bahan – bahannya yang ringkas mudah untuk didapati di pasaraya sekitar anda.
Resepi ini dikongsikan oleh Raffizah Redzwan dan ramai yang telah shares dan likes di Facebook beliau. Jom kita lihat resepi ini!
Resepi Apam Pi..

DIY Rak TV Bajet Dari PVC, Sekali Pandang Macam Rak Ikea

June 30, 2020 rencah7 0

Kalau hias rumah memang pakai modal yang besar. Boleh nak murah tapi kena buat sendiri. Salah satu yang senang dan boleh dihasilkan adalah rak tv.
Kalau nak lagi bajet boleh ikut perkongsian yang menggunakan paip PVC untuk menghasilkan rak tv di rumahnya.
Bermodal lebih kurang RM60, rak tv yang dibina menggunakan pvc ini kukuh dan sekali pandang macam rak yang dibeli di Ikea.
Macam mana nak buat, boleh ikut perkongsian dari محمد اكمال اذىذى
Projek rak tv Beli yg elok duit tak ramai. Jadilah projek asal bole letak tv.
Material yang diperlukan:
• PVC class 7
• Join 3way & 4way (beli di Shopee)
• Aerosol spray flat black
• Rubber wood
1. Rancang dulu rak yang hendak dihasilkan. Berapa tingkat dan panjang. Potong kayu, pvc ikut saiz rak. Ambil kira juga beban yang hendak diletakkan. 2. Sambungkan PVC menggunakan joint.
Ini joint yang digunakan
3. Screw kayu yang hendak dijadikan rak pada pvc supaya kukuh. Boleh juga guna L bracket untuk lebih kemas.

Hasilnya.
Info kos Paip ..