Bila apam yang dimasak menjadi gebu tentulah terlagi-lagi nak membuatnya. Bersarang teruk la pula. Jangan tenung lama-lama. Mari membuatnya.
Bahan-Bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- Setengah cawan gula merah
- Setengah cawan gula pasir(kalau suka manis masukkan 1 cawan gula)
- Secubit garam
- 2 helai daun pandan
- Sepeket yis Mauripan 11 gram
- 2 cawan air.
- Kelapa parut
Cara Memasak:
1.Masak gula merah dengan gula pasir dan garam tadi dengan dua cawan air hingga larut.
2. Masukkan dua helai daun pandan. Sejukkan.
3. Masukkan tepung bersama yis.Gaul rata.
3.Kemudian masukkan air gula yang telah sejuk tadi.Gaul hingga sebati.
4.Perap satu jam (kalau nak bersarang perap la lama sikit 2-3jam ) di dalam loyang atau bekas plastik yang disapu minyak.
5.Panaskan pengukus 15 minit sebelum mengukus.Apabila apam dah naik, boleh kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
6.Apabila masak, bolehlah digaul dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam.
Nota*Sekiranya adunan tak naik berkemungkinan yis
rosak atau kurang air.Yis tak boleh mengembang sebab kurang air.
Cuba tambahkan air sedikit demi sedikit. Insyaallah kalau yis tak rosak, adunan
akan mula mengembang.
Kredit : NiezaRosez Via Rasa
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, Klik Sini: Barang Murah & Berkualiti