Ambil Tahu Beza Ayam Itu Baru Atau Lama.. 5 Ilmu Memilih Ayam Segar Di Supermarket Atau Pasar

Wanita atau suri rumah kebanyakkan akan menguruskan perihal barangan dapur kerana mereka lagi arif berkaitan tersebut. Mencari barangan segar, seperti buah-buahan, sayur, mahu pun ikan, ayam, serta daging, kita pasti tidak ingin terambil makanan yang sudah lama, dan hampir busuk atau layu.

Untuk mereka yang berniaga, mempunyai pusat asuhan, atau seorang ibu juga isteri, memberikan makanan yang sihat dan baik buat keluarga adalah satu kemestian.

Oleh itu, seorang dietitian di sebuah hospital, yang juga menyelia makanan di bahagian dapur, Cik RuQayyah Muhd telah kongsikan beberapa tip yang boleh diikuti, dalam memilih ayam segar.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Sejak saya mula bertugas menyelia perkhidmatan makanan di dapur hospital di samping memberi rawatan terapi diet kepada pesa kit di wad, salah satu tugasan adalah memeriksa bekalan makanan yang sampai. Antaranya adalah ayam.

Setiap pagi bekalan ayam segar akan tiba ke dapur kami dan penyelia bertugas harus memastikan bekalan mentah yang sampai memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Ayam mesti segar. Tidak beku dan tidak ada bau. Dan baru disembelih pastinya.

Memastikan ayam itu elok untuk diterima pihak kami adalah satu ilmu baru yang saya tidak arif. Selalu saya main tunjuk saja ayam di pasar. Tak kisah betul segar atau tidak.

Lima Tips Memilih Ayam Segar.

Ilmu memilih ayam ini saya belajar daripada Chef saya di dapur dan daripada penyelia perkhidmatan makanan. Mujur ada mereka yang rajin turun ilmu. Kalau tak, sampai ke tua pun tak pandai pilih ayam.

1. Warna Ayam

Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.

2. Tekstur Ayam

Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.

Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.

Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.

3. Darah Ayam

Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak dvrahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.

4. Bau Ayam

Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.

5. Lalat

Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.

Selamat membeli ayam segar.

Sumber: Rahsia Rumah Tangga

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma