7 Resepi Perapan Ayam Sedap Dan ‘Healthy’, Sesuai Yang Nak Diet!

Campak, gaul dan bakar. Siap! 😀

Menu ketika anda sedang berdiet tidak semestinya membosankan. Get creative dengan menghasilkan menu makanan sihat yang amat menyelerakan!

Bukan sahaja hidangan ini berkhasiat, tapi rasanya juga pasti dapat meningkatkan selera sesiapa sahaja. Memang best kalau diet macam ni!

Jom kita tengok 7 resepi perapan ayam yang simple dan menarik oleh saudari Fafae Mimie ni.

Sesuai untuk stok bulan puasa nanti!

1. Resepi Perapan Ayam Sate

Bahan-Bahan:

  • bawang putih
  • halia
  • serbuk cendawan (saya guna sebagai pengganti kiub ayam / serbuk perasa)
  • gula kabung / gula Stevia (yang tak ada boleh tukarkan dengan gula merah / gula biasa)
  • serbuk kunyit
  • jintan
  • ketumbar
  • sedikit garam

2. Resepi Perapan Ayam Cili Kering

Bahan-Bahan

  • bawang putih
  • halia
  • serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
  • cili kering potong
  • sos cili
  • sos tiram

3. Resepi Perapan Ayam Berempah

Bahan-bahan

  • bawang putih
  • halia
  • serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
  • rempah kari
  • serbuk jintan
  • cili kisar
  • sedikit garam

4. Resepi Perapan Ayam Nasi Ayam

Bahan-bahan

  • bawang putih
  • halia
  • serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
  • minyak bijan
  • sedikit garam
  • kicap manis

5. Resepi Perapan Ayam Hainan

Bahan-bahan

  • bawang putih
  • halia
  • serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
  • minyak bijan
  • sedikit garam

6. Resepi Perapan Ayam Black Pepper

Bahan-bahan

  • bawang putih
  • halia
  • serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
  • lada hitam kisar
  • sedikit garam

7. Resepi Perapan Ayam Mix Herbs

Bahan-bahan

  • bawang putih
  • halia
  • serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
  • mixed herbs
  • cajun

Simpan Dalam Chiller / Freezer

Saya simpan dalam pek macam ni je senang nak simpan. Bubuh dalam freezer untuk dijadikan stok frozen. Senang dah siap menu macam ni kan?

Nanti kalau nak masak esok, malam tu keluarkan 1 menu dan letak dekat chiller. Beginilah Hasilnya, Nampak Sedap!

Bila dah masak, macam ni lah hasilnya…

Ada banyak cara penyediaannya yang boleh kita hidangkan supaya nampak meriah dan menyelerakan.
Sihat pun sihat!

Okay, selamat mencuba ye.

Sumber : Fafae Mimie Via remaja

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma