3 Kegunaan Biji Kurma & Khasiatnya Yang Jarang Diketahui. Jangan Buang Tau!

Dah nak masuk bulan puasa ni, hampir setiap rumah mesti akan beli kurma kan?

Tak kiralah jenis kurma apa pun, kita biasanya akan makan kurma waktu berbuka dan juga bersahur.

Banyak khasiat buah kurma ini dah diketahui umum dalam membantu mengembalikan tenaga dan melancarkan pencernaan, terutamanya ketika kita berpuasa.

Tapi, mungkin tak ramai antara kita yang tahu bahawa biji kurma juga punya banyak manfaatnya. Jadi sebelum korang buang biji kurma tu, jom kita ketahui apakah kegunaannya dan khasiatnya yang luarbiasa!

3 Kegunaan Biji Kurma Yang Jarang Diketahui

1. Alternatif Kepada Kopi

Tahukah anda, biji kurma ini boleh digunakan untuk membuat kopi yang lazat! Seperti juga kopi biasa, ia juga terhasil daripada bijinya kan?

Begitu jugalah yang kita boleh buat dengan biji kurma. Kopi biji kurma adalah alternatif yang sangat sesuai bagi anda yang alah pada kafein.

Caranya membuatnya sangat mudah. Mula-mula basuhkan biji kurma yang telah dimakan sehingga bersih. Kemudian biarkan ia kering seketika.

Seterusnya, panggang biji kurma atau sangai (goreng tanpa minyak) hingga kehitaman dan mengeluarkan aroma seakan kopi.

Tumbuk biji kurma yang telah hangus tadi menggunakan batu lesung atau blender. Kemudian, bolehlah digunakan sebagai serbuk kopi.

2. Melembutkan Daging Dengan Cepat

Kalau ikut petua, biji kurma ini boleh digunakna untuk melembutkan daging secara semulajadi dengan cepat tanpa mengganggu rasa masakan.

Caranya masukkan saja beberapa butir biji kurma yang sudah dibasuh bersih ke dalam apa-apa masakan yang sedang dimasak.

Insha Allah, daging akan cepat empuk dan lembut!

3. Digunakan Sebagai Scrub

Selain daripada itu, biji kurma juga boleh digunakan untuk tujuan kecantikan iaitu sebagai scrub atau lulur.

Dah tak payah beli mahal-mahal, gunakan biji kurma tadi dan jadikan serbuk macam buat kopi tadi. Kemudian, campurkan dengan madu / gula perang dan sedikit minyak zaitun sebelum digunakan pada muka atau bahagian badan.

Baunya wangi dan amat menyegarkan!

Foto Kredit: the11best.com

Khasiat Biji Kurma

Selain buah kurma, biji kurma juga mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh.

Berikut adalah antara manfaatnya menurut kajian yang dilaporkan oleh HealthBenefitsTimes.com

  • Membantu mengawal kadar gula dalam darah
  • Agen antiviral, melindungi tubuh daripada jangkitan
  • Sumber antioksidan yang baik untuk tubuh
  • Membantu kesihatan kulit
  • Melembapkan dan membantu pertumbuhan rambut

Jangan Buang!

Wah, banyak juga kegunaan biji kurma yang kita tak pernah tahu. Selama ni, lepas makan kita buang saja biji-biji kurma terus masuk tong sampah.

Jadi, lepas dah tahu ni apa kata kita cuba simpan dan maksimakan kegunaan buah kurma tu sampailah ke bijinya. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ni memang banyak beli dan makan buah kurma.

Bolehlah kumpul dan gunakan bijinya untuk buat kopi atau scrub. Jimat dan berbaloi. Berkhasiat pulak tu!

Bagi yang pernah gunakan biji kurma ini tak kisahlah macam disebut di atas atau untuk kegunaan lain, apa kata kongsikannya dengan kami di ruangan komen ini. Mesti ramai nak tahu kan?

Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih

Sumber  : Siraplimau