
Buah Manjakani. Ianya dikenali sebagai “herba ajaib” yang kaya dengan pelbagai khasiat, khususnya membantu elastik alat sulit wanita sejak zaman dahulu lagi.
Ramai wanita yang tahu khasiat buah manjakani ini, tetapi enggan mengamalkan pengambilan buah tersebut kerana rasanya yang amat pahit serta kelat.Tidak ramai yang mampu untuk menelannya. Malahan, ada yang akan mengeluarkannya semula atau termuntah kerana tidak tahan dengan rasanya yang terlalu pahit itu.
Jadi, sebab itulah ramai yang memilih untuk membeli jamu,ubat atau apa saja yang mengandungi khasiat buah ini yang telah siap diproses. Namun sejauh manakah keberkesanannya?
Kami ingin berkongsi tentang khasiat buah manajakani khas untuk kaum wanita.Buah Majakani berasal dari pohon manjakani atau juga dikenali dengan pokok Oak. Pokok ini juga mempunyai nama yang lain iaitu Mecca Majakani.
Antara khasiat buah manjakani:
1. Merawat alat sulit wanita – Buah majakani dapat membersihkan bakteria di kawasan organ intim wanita. Khasiatnya sangat bagus untuk mengatasi keputihan. Manjakani mengandungi tannin yang bagus untuk mengetatkan otot vagina, vitamin A dan C, kalsium, protein, serta mengandungi elemen astringent untuk membasmi bakteria penyebab keputihan. Khasiat lain yang didambakan oleh kaum wanita adalah untuk menambah ‘kerapatan’ dan menjadikan lubang vagina lebih anjal.
2. Buah majakani digunakan sebagai ubat perancang kehamilan – Buah majakani sudah tidak asing lagi di kalangan wanita yang sudah berumahtangga. Meskipun buah majakani sendiri mempunyai khasiat untuk menyembuhkan luka, namun jika ia diolah semula fungsinya dapat mencegah kehamilan.
3. Membersihkan bakteria – Buah majakani berkhasiat untuk membersihkan bakteria di kawasan organ intim kewanitaan. Selain itu ia sangat bagus untuk mengatasi cairan berlebihan di kawasan Miss V dan membasmi bakteria penyebab keputihan. Untuk rawatan lanjutan buah majakani juga bagus untuk mencegah kanser serviks
4. Buah manjakani memberi kenikmatan seks – Buah manjakani berfungsi sebagai ubat herba yang dapat membantu kekentalan organ intim wanita. Khasiat buah manjakani bukan saja dapat dirasakan oleh kaum hawa, tetapi secara tidak langsung ia juga membantu kepuasan sang suami ketika melakukan hubungan seks.
5. Awet Muda – Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan.
6. Mencegah kanser payudara dan rahim – Antioksidan dalam buah manjakani boleh mencegah kanser buah dada dan kanser rahim.
7. Mencegah bau yang tidak diingini – Buah manjakani bersifat astringen, membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak enak pada Miss V.
8. Merawat otot-otot di dalam miss V – Tannin yang terdapat di dalam buah manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam Miss V dan menyebabkan ia menjadi sempit.
9. Mengurangkan lendir pada Miss V – Astringen juga mampu menyerap segala lendir pada miss v yang menyebabkan bau tidak enak.
10. Membersihkan lendir haid dan nifas – Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
11. Merawat payudara – Buah manjakani mempunyai sifat menegangkan kembali otot-otot dan buah manjakani dapat memperbaiki payudara yang kendur.
Sumber: wom.my