Vivy Yusof Nak Saman Usahawan Kecil, Siapa Ciplak Rekaan Siapa?

Nama Vivy Yusof kembali hangat di dunia media sosial di mana kali ia berkaitan dengan isu menciplak rekaan pula. Vivy Yusof yang terkenal dengan perniagaan jenama dUCk Scarves dikatakan meniru hasil seni milik Syaza Yunos dengan menjadikan rekaan tersebut milik tudung dUCk Scarves.

Ini bukan pertama kali isu pemilik dUCk Scarves terpalit dengan dakwaan menciplak hasil rekaan orang lain, seperti kes jenama tempatan lain ‘Soonaru’, sudahlah rekaan diambil sama begitu juga dengan konsep dan kempen juga serupa seperti yang dilakukan jenama ‘Soonaru’.

Kini isu ciplak rekaan kembali lagi dengan dikaitkan pelukis seni illustrasi Syaza Yunos, di mana hasil karyanya di ambil oleh dUCk Scarves dan Fashion Valet, perkara tersebut bukan pertama kali berlaku.

Foto – via Twitter Syaza Yunos/Arkib Wanista
Foto – via Twitter Syaza Yunos/Arkib Wanista

Lebih mengharukan apabila Syaza pernah menghubungi sendiri Vivy Yusof mengenai isu tersebut pada 3 tahun lalu, tetapi sayang tiada sebarang maklum balas di terima.

Setelah tiada makluman balas mengenai isu tersebut di terima Syaza menyepi seketika dan muncul semula dengan maklumat baru yang menyatakan Vivy Yusof akan menyaman dan meminta Syaza untuk membuat permohonan maaf. Namun Syaza menolak permintaan tersebut.

Siapa Ciplak Siapa?

Menerusi perkongsian Syaza Yunos di akaun Twitternya, Syaza berkongsi rekaan-rekaan yang didakwa diciplak oleh dUCk Scarves dan Fashion Valet milik usahawan terkenal tersebut. Banyak koleksi-koleksi hasil karya usahawan kecil ini di guna pakai oleh dUCk Scarves dan Fashion Valet.

Foto – via Twitter Syaza Yunos/Arkib Wanista

Unless we all speak up together.

Ps:/ On top of my Warong, FV also used some designs “inspired” by Kulet, Nelissa Hilman, Cipela and many others big big brandsssssss 😭 pic.twitter.com/enXAsSIiNV

— syaza (@syazayunos) April 1, 2019

Peniaga Kecil Di Tindas

Berdasarkan perkongsian oleh Syaza Yunos, peguam Vivy Yusof menghantar email kepada pelukis illustrasi merangkap usahawan kecil ini untuk menyaman dirinya kerana menfitnah dan menuntut untuk membayar sejumlah wang keatas kerugian yang dialami oleh Vivy Yusof.

Namun menurut perkongsian Syaza, dirinya menolak surat tersebut kerana jumlah yang diminta adalah tidak masuk akal dan tambahan lagi, dirinya hanya usahawa kecil yang cuba menegakkan isu meniru rekaan atau hasil tangan orang lain adalah perbuatan yang tidak beretika.

Foto – via Twitter Syaza Yunos/Arkib Wanista

Dimaklumkan Vivy Yusof telah memfailkan tuntutan saman ke atas Syaza Yunos pada 9 April 2020 dan dalam masa yang sama Vivy juga sedang sibuk produk baru yang dilancarkannya. Isu menciplak rekaan merupakan perbuatan yang tidak beretika, tapi malangnya masih ramai yang melakukan perkara tidak beretika ini.

Tambahan pula, segelintir penghasil karya tidak mampu untuk mempatenkan atau membuat hak cipta pada rekaan masing-masing, menjadikan idea rekaan mereka di buru oleh jenama-jenama tempatan lain.

Rujukan: 1,

The post Vivy Yusof Nak Saman Usahawan Kecil, Siapa Ciplak Rekaan Siapa? appeared first on Wanista.com.

(Visited 14 times, 1 visits today)