Trik Susunan Langsir Eyelet Jadi Sama Sekata, Guna Cawan Plastik Saja

Bagi mereka yang suka dekorasi kemas, salah satu yang menyakitkan mata adalag susunan langsir yang tidak sekata. Terutama untuk yang jenis eyelet.

Kadang kita tertanya-tanya macam mana rumah orang lain susunan sama, sekata saja.

Rupanya ada cara yang sangat mudah untuk dapatkan kesan susunan langsir sebegini. Kita tak fikir pulak!

Cuma guna cawan plastik saja. Trik ini dikongsi oleh Lia Johari

Trik susunan langsir eyelet jadi sekata

Sakit mata bila tengok susunan/gelembung langsir eyelet tak sekata kan.
Saya kongsikan cara jimat DIY curtain devider guna plastik cup.

Guna cawan plastik

1. Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.

2. Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.

Hasilnya…Sama sekata!

Info VK: Boleh juga guna tissue roll

Sumber: Liya Johari

The post Trik Susunan Langsir Eyelet Jadi Sama Sekata, Guna Cawan Plastik Saja appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 2 times, 1 visits today)