Tomyam Sayur Thai. Resipi Istimewa Yang Sangat Sedap.

Istimewa buat para penggemar sajian Thailand, menu Tomyam Sayur Thai perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni boleh dicuba. Sangat ringkas namun rasanya sangat enak dan membuka selera. Selain dimakan bersama nasi, boleh juga dinikmati bersama mi, kuetiau atau bihun. Memang padu. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA MASAK TOMYAM SAYUR THAI PALING SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • Sedikit bunga kubis
  • Sedikit kubis
  • 5 biji cendawan shiitake
  • 1 biji tomato – hiris
  • 2 batang saderi – hiris
  • 1/4 batang lobak merah
  • 1 tangkai ketumbar
  • Sedikit hirisan ayam bahagian bertulang
  • 2 cawan air
  • 1/2 senduk kecil sos cili
  • 1/2 sudu teh gula – jika suka
  • Sedikit garam
  • 1/2 senduk susu cair
  • Hirisan limau nipis secukupnya

BAHAN TUMIS:

  • 1/2 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 hiris lengkuas
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 hiris halia
  • 1 batang serai
  • 3 biji cili padi
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Masak hingga naik bau.

2. Masukkan potongan ayam bahagian bertulang yang telah dipotong kecil. Biarkan seketika. Kemudian masukkan 2 sudu makan pes tomyam. Masak guna api perlahan sahaja.

3. Tambahkan dua cawan air. Kacau dan biar hingga mendidih.

4. Kemudian masukkan sayuran yang keras terlebih dahulu iaitu kubis dan bunga kubis. Biar hingga separa lembut.

5. Masukkan juga hirisan tomato dan akar ketumbar yang telah dibersihkan.

6. Untuk rasa yang lebih enak, masukkan sos cili dan gula untuk gabungan rasa manis dan masin. Jika tidak suka rasa tomyam sedikit manis, abaikan penggunaan gula.

7. Tambahkan juga garam secukup rasa. Perlu rasa kuah terlebih dahulu sebelum letak garam kerana pes tomyam sudah tersedia masin.

8. Selepas kuah mendidih beberapa kali, masukkan susu cair. Sebatikan dan masak guna api perlahan.

9. Masukkan hirisan saderi, cendawan dan lobak merah. Masak lagi seketika sebelum padamkan api.

10. Sendukkan Tomyam Sayur Thai ke dalam mangkuk, perah limau nipis dan daun ketumbar.

11. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

Tercari-cari aneka HOME APPLIANCES yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Resipi Laksa Ala Aeon Paling Mudah Buat & Sangat Sedap

Baru Tahu, Ini Cara Buat Sup Dumpling Homemade Yang Sedap.

Cara Buat Serbuk Asam Macam Dekat Gerai Jambu Potong

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

The post Tomyam Sayur Thai. Resipi Istimewa Yang Sangat Sedap. appeared first on RASA.

(Visited 2 times, 1 visits today)