Tiru Cara BTS J-Hope Dan V Jaga Muka Semudah ABC!

Baik perempuan atau lelaki, penjagaan kulit muka sangat penting. Bila muka kita bersih dan bebas cela, kita akan terasa bahagia malah gembira. Bila muka kita sebaliknya, kita rasa murung dan tiada keyakinan diri. Ini pengalaman penulis sendiri.

Walaupun penggunaan produk amat penting, tapi tabiat harian juga antara faktor memberi reaksi kepada kulit. Sebagai contoh, tidak mendapatkan tidur yang cukup, kekurangan minum air serta beberapa faktor lain yang selama ini dipandang enteng.

Foto – Jon Kopaloff/Getty

Tidak ambil mudah soal penjagaan kulit muka, kumpulan k-pop terkemuka BTS dedahkan cara mereka. Tak rumit malah semudah ABC, cumanya anda perlu disiplin.

Memandangkan mereka kerap melakukan tugasan di luar negara, kesemua ahli BTS juga seperti manusia biasa – mereka alami masalah kulit akibat kondisi air yang berbeza malah cuaca. Jadi BTS V dan J-Hope menjelaskan setiap orang perlu titik berat 3 faktor ini dalam menjaga muka mereka.

#1 Kurangkan tahap tekanan

Jelas J-Hope, bila tertekan kulit turut mendapat tempiasnya. Hormon yang disebabkan stress boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat. Pengeluaran minyak pada kulit sekali gus menyebabkan liang-liang roma tersumbat hingga kulit mudah diserang bakteria.

Foto – Koreaboo/Vlive

Jadi sebaiknya, kawal tahap stress dengan melakukan perkara yang menggembirakan diri. Contoh seperti travel ke tempat baru, window shopping, membaca, mendengar muzik kegemaran, atau amalan membaca Al-Quran sedikit sebanyak boleh meredakan anda.

#2 Minum banyak air

64% daripada kulit anda adalah air, jadi jika anda tidak mendapatkan air yang cukup maka ia jelas kelihatan pada muka – mulalah terjadi kulit kering, kusam, paling teruk timbulnya jerawat.

Foto – Koreaboo/Vlive

Tahukah minum air yang banyak (elok 8 gelas sehari) dapat membantu melambatkan penuaan. Ia adalah produk anti-penuaan yang paling mudah dan murah untuk anda perolehi.

Apabila tubuh anda dapat menjalankan fungsi menyahtoksik lebih baik, sel akan memperbaiki kulit anda lebih cepat dan hasilnya ia akan menjadi kulit anda lebih bersinar. Malah air panas juga boleh melawan jerawat dengan menghalang pori dari tersumbat.

Baca : Ni La Sebab Kenapa Si Cantik Manis Fazura Hanya Minum Air Panas

#3 Tidur yang cukup

Bergelar penghibur dengan kekangan jadual menyebabkan 7 orang anak muda ini tidak mendapatkan tidur yang cukup. Penerbangan dari Seoul ke Amerika sahaja dah berapa lama, jadi bayangkan sahaja masa mereka banyak dihabiskan di atas kapal terbang sahaja. Nak dapatkan beauty sleep dengan betul, memang payahlah.

Foto – Koreaboo/Vlive

Waktu yang disarankan untuk tidur adalah sekitar 8 jam sehari. Apabila kita tidur, hormon stress (kortisol) kita akan turun dan hormon tidur (melatonin) akan naik. Badan kita, kulit kita ketika itu dalam mod pembaikan. Dengan kata lain, waktu malam memberi kulit kita peluang untuk pulih dari sebarang kerosakan di siang hari.

Ingat nak muka cantik bersih, mula lakukan sekarang.

Selamat Beramal!

RUJUKAN

The post Tiru Cara BTS J-Hope Dan V Jaga Muka Semudah ABC! appeared first on Wanista.com.

(Visited 3 times, 1 visits today)