Tips Mencegah Dan Merawat Rambut Gugur

Petua Mencegah rambut gugur

1.Kacang hijau – rendam kacang hijau semalaman, tapis dan ambil airnya. Sapukan ke seluruh kulit kepala dan urut perlahan-lahan. Amalkan 2-3 kali dalam seminggu.

2.Santan kelapa – ambil santan pekat, sapukan ke seluruh kulit kepala dan rambut, biarkan seketika kemudian basuh dengan air. Amalkan 2 kali seminggu.

3.Minyak lavender – Sapukan minyak lavender pada rambut dan urut bahagian kulit kepala perlahan. Amalkan 2 kali sebulan untuk hasil yang optimum.

4.Minyak kelapa dan zaitun – Untuk mengatasi rambut gugur terutama dikalangan ibu baru bersalin, campurkan satu sudu minyak zaitun dan satu sudu minyak kelapa. Sapukan pada seluruh rambut dan urut perlahan, kemudian tutup dengan plastik penutup selama 2 jam kemudian basuh dengan air biasa.

5.Makan makanan tinggi protein – Makanan tinggi protein amat baik untuk lebatkan rambut, subur dan mengatasi masalah keguguran rambut. Contohnya seperti telur, tauhu, tempe, ikan, ayam bukan saja melebatkan rambut malah mengelak kerosakan seperti rambut gugur dan bercabang.

6.Dadih – amat baik untuk mengatasi masalah rambut gugur dan rosak. Lumurkan ke seluruh bahagian rambut. Biarkan selama satu jam kemudian basuh dengan air. Amalkan dua kali dalam seminggu.

7.Daun Sireh – Tumbuk daun sireh bersama minyak kelapa atau minyak bijin. Setelah sebati, sapukan pada kulit dan rambut kepala. Biarkan selama satu atau dua jam. Basuh dengan air dan shampo.

Semoga bermanfaat

(Visited 73 times, 1 visits today)