Tip Tanak Pulut Guna Rice Cooker. Tudung Periuk Kena Lapik & Jangan Buka Sampai… Barulah Hasil Pulut Cantik

Musim durian ini, rasa teringin nak makan bersama pulut. Tapi ramai yang tak berapa nak rajin guna periuk pengukus. Ada juga yang takde pun periuk pengukus kat rumah.

Kalau macam tu boleh masak ikut cara Siti Asrien Mohd Hassan ini. Guna rice cooker saja untuk sediakan pulut yang cantik. Dah setahun beliau menggunakan cara yang diperoleh daripada seorang rakan.

Tip tanak pulut guna rice cooker

1. Basuh beras bersama sedikit garam, tujuannya untuk dapat efek berkilat. Basuh tiga atau empat kali.

2. Ini bukan luka tau tapi cara sukat air guna jari telunjuk. Air separuh dari line pertama jari (jari diatas beras).

3. Lapik tudung periuk menggunakan kain/tuala kecil dengan kedap. Jangan longgar (supaya wap panas tak keluar).

4. Tekan COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM. Jangan buka tudung periuk langsung sehingga masak.

5. Selepas pulut WARM jangan terus bukak penutup. Biar 5-10 minit barulah dibuka supaya pulut masak dengan wap panas.

Hasilnya

Sumber: Siti Asrien Mohd Hassan

The post Tip Tanak Pulut Guna Rice Cooker. Tudung Periuk Kena Lapik & Jangan Buka Sampai… Barulah Hasil Pulut Cantik appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 1 times, 1 visits today)