Tip Putihkan Kembali Baju Sekolah Yang Kuning & Kedam Selepas Lama Simpan. Basuh Guna Sabun Ini!

Kurang dua minggu lagi kebanyakan anak akan kembali bersekolah selepas lebih tiga bulan bercuti akibat pandemik Covid 19.

Mak-mak dah mula sibuk memastikan baju sekolah anak tersedia. Bila lama tersimpan, biasalah baju sekolah yang putih akan nampak kedam dan kuning.

Memang tak sedap mata memandang. Takkan nak beli baru semua kan. Jadi penyelesaiannya boleh cuci ikut cara yang dikongsi oleh Zakiah Hassan.

Pakai sabun ni

Caranya tak susah cuma guna sabun jenis ini, confirm putih semula baju sekolah anak.

Bahan-bahannya:

Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau
sabun cap kapak/buruh (ada di Mydin) atau
sabun Kilat (ada di NSK)

  • Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
  • Air
  • Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)

Cara-caranya:

1. Masuk baju sekolah ke dalam mesin basuh.
2. Bubuh sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).

4. Bubuh air.
5. Guntingkan suku sabun kuning ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun kuning di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau pada bahagian yang nampak berdaki/ ada kotoran Lepas tu masukkan baju sekolah dalam mesin.

7. Tutupkan mesin basuh dan biarkan sehingga selesai. Tak perlu sental langsung tapi hasilnya baju kembali putih.

8. Sidailah baju putih macam biasa.

Hasilnya, putih kan!

Kalau nak beli di Shopee boleh klik link ini Sabun A1

Selamat mencuba!

Sumber: Zakiah Hassan

Artikel berkaitan :

Tip Basuh Toto/Comforter Guna Mesin Basuh Di Rumah

Tip Hilangkan Kesan Deodorent & Kuning Pada Baju Warna Cerah

The post Tip Putihkan Kembali Baju Sekolah Yang Kuning & Kedam Selepas Lama Simpan. Basuh Guna Sabun Ini! appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 4 times, 1 visits today)