Tiga Masakan Ayam Sedap Menjilat Jari. Bila Makan Dah Tak Ingat Orang Belakang Dah.

Syawal masih muda.Rentas negeri pun dah dibenarkan. Bila balik kampung nanti bolehlah masakkan ibu di kampung tiga lauk ayam ni. Ibu pun dah tua, cuba kita pulak yang menjamu ibu dengan Ayam Lodho, Ayam Ungkep dan Rendang Hijau Ayam. Biarlah orang kita cintai tu dapat berehat dan cerita menanti kedatangan anak-anak yang dikasihi.

Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Fatin Damia, Sue M. Shauhki dan Nor Zaqiyah. Taklah sesusah mana.

1. AYAM LODHO

.

BAHAN-BAHAN :

  • Ayam kampung | (cukup untuk 2-3 orang makan)

* Gaul dengan garam dan bakar sampai sedikit kering)

Bahan A :

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3sm kunyit hidup
  • 5sm halia
  • 5sm lengkuas
  • 2sm kencur
  • 20 biji cili padi | kurangkan kalau tak suka pedas
  • * Kisar semua sampai halus semua bahan-bahan ini
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan B :

  • * 1 sudu teh lada putih
  • * 1 sudu teh ketumbar
  • * 1 sudu teh jintan

* Tumbuk sampai halus semua bahan yang bertanda *

Bahan C :

  • 2 helai daun salam
  • 2 batang serai
  • 2-3 helai daun kunyit
  • 2-3 helai daun limau purut

Bahan D :

  • 500ml santan | kalau suka lebihkan air

CARA MEMASAK:
1. Tumis semua bahan A hingga semua pecah minyak.
2. Masukkan bahan B. Masak sebentar selepas itu masukkan ayam.
3. Gaul sampai mesra kemudian masukkan bahan C.
4. Masukkan bahan D, masak guna api perlahan sampai pekat. Lebih kurang 30-45 minit.
5. Masukkan garam dan gula sesuai selera

Kredit foto & resipi : Fatin Damia

2. AYAM UNGKEP STAIL JAWA JOHOR.


.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 ekor ayam | dipotong 12 eloknya ayam tua atau ayam kampung

Bahan kisar :

  • 3 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 2.4sm halia
  • 4.5sm kunyit hidup | lebih kurang tiga ketul kunyit
  • 15 tangkai cili padi | seeloknya cili padi hijau, warna ungkep mestilah kuning kehijauan.
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 1 biji buah keras
  • 6 butir lada hitam biji
  • Secubit serbuk kunyit.

Bahan tumis :

  • 2 labu bawang besar | dihiris kasar
  • 2 batang serai |ketuk dan siatkan
  • 2 cawan minyak zaitun untuk menumis

*boleh juga guna minyak biasa.

Bahan Tambahan ( wajib ada ):

  • 1 keping asam keping.
  • 6 biji kentang | dibelah empat
  • 3 biji tomato | dibelah empat
  • 16-20 biji cili padi | buang tangkai
  • 1 helai daun kunyit | disiat-siat
  • 1 liter air | untuk empukkan ayam.
  • Santan @ susu cair secukupnya |opsyen
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan pula bahan-bahan kisar pula. Biarkan sampai pecah minyak.
3. Kemudian masukkan ayam, gaulkan hingga sebati, sampai ayam kecut. Masukkan air
4. Untuk mempercepatkan ayam pencen lembut, masukkan sudu dan tutup kuali dengan api sederhana selama 30 hingga 45 minit.
5. Biarkan ia empuk, dan kemudian masukkan santan/ susu cair. Masukkan kentang dan usah terlalu kering biarkan basah sedikit
6. Kemudian masukkan asam keping, tomato dan cili padi yang dibuang tangkai. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang disiat.

Kredit Resepi : FB SUE M SHAUHKI

3. RENDANG AYAM HIJAU


.

BAHAN-BAHAN :

  • 10 biji cili besar hijau | boleh tambah jika suka
  • 10 biji cili api hijau |boleh tambah jika suka
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2.4sm halia
  • 2.4sm lengkuas
  • 2 batang serai
  • Sedikit serbuk kunyit

*Semua bahan-bahan di atas dikisar

  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu makan kerisik
  • Daun limau purut secukupnya | dihiris kasar
  • Daun kunyit secukupnya | disiat
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam. Kacau sebati, biarkan ayam kecut ( air ayam dah keluar)
3. Masukkan santan, air, asam keping, kerisik dan daun limau purut. Biarkan ayam empuk
4. Masak hingga pecah minyak, masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Taburkan daun kunyit dan padamkan api

Kredit Resepi : FB nor zaqiyah

Selamat mencuba.

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI;

DAN JUGA RESIPI INI :

Mama Shida Kongsi 8 Resipi Masakan Ayam Paling Mudah & Sesuai Masak Setiap Hari.

The post Tiga Masakan Ayam Sedap Menjilat Jari. Bila Makan Dah Tak Ingat Orang Belakang Dah. appeared first on RASA.

(Visited 3 times, 1 visits today)