Teknik Betul Gulung & Basuh Comforter, Toto, Selimut Di Rumah, Jangan Sumbat Je!

Setiap kali nak basuh comforter atau toto mesti tidak muat mesin basuh. Rupa-rupanya cara anda melipat dan menggulung comforter tersebut adalah salah yang menyebabkan ruang di dalam mesin tidak mencukupi. Jika anda tidak mahu pergi ke dobi dan ingin membasuh sendiri di rumah, apa kata guna teknik yang betul ini supaya material comforter pun tak rosak dan comforter jadi bersih!

TIPS BASUH COMFORTER ATAU TOTO

Dulu selalu pakai cara A, namun selepas jumpa cara basuh comforter, toto atau selimut dengan betu, sekarang saya guna cara B pula. Katanya pusat dobi pun guna cara yang sama.

1.Gulung comforter sebelum masuk mesin basuh. Gulung ikut saiz mesin seperti gambar contohnya macam 8kg.

2. Pastikan masukkan dalam mesin basuh secara menegak seperti dalam gambar B.

3.Letak bahagian kotor di bahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif. Hasilnya memang bersih dan material tak rosak.

Info tambahan

-Perlu letak cecair pencuci lebih sedikit

-Basuhan ini sesuai untuk kotoran minor sahaja

-Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu baru boleh masuk mesin.

-Cadar patchwork juga boleh dibasuh guna kaedah yang sama.

Sumber: Nurul Ain Syed Mohamad

(Visited 4 times, 1 visits today)