Tanda-Tanda Penyakit Keras Hati Dan Cara-Cara Untuk Mengubatinya

Antara penyakit yang sangat membinasakan manusia di dunia mahupun di akhirat ialah penyakit keras hati.

Allah swt berfirman :

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا

“Dalam hati mereka ada penyakit maka ditambah lagi penyakitnya oleh Allah.” (Al-Baqarah : 10)

Tanda-Tanda Mengidap Penyakit Keras Hati

  1. Malas melakukan ibadat.
  2. Melihat kecil masalah dosa pahala.
  3. Tidak terkesan dengan bacaan ayat-ayat Quran.
  4. Musibah seperti penyakit dan seumpamanya jika berlaku pada dirinya sedikit pun tidak diambil pengajaran.
  5. Hati selalu tidak tenang.
  6. Pentingkan kehidupan dunia dan suka bermain dan berfoya-foya.
  7. Dosa semakin banyak dibuat.
  8. Tidak takut kepada kematian dan azab neraka.
  9. Tidak takut kepada Allah.
  10. Tidak peduli nasibnya di akhirat.

Punca Penyakit Keras Hati

  1. Lemahnya iman di dalam hati.
  2. Meninggalkan suruhan agama yang wajib seperti solat dan lain-lain dan tidak berzikir.
  3. Banyak makan dan minum.
  4. Banyak tidur.
  5. Bersikap sombong.
  6. Tidak mendengar nasihat.
  7. Melihat diri sentiasa benar.
  8. Tidak suka mengaku melakukan kesalahan.
  9. Sikap tidak hormat kepada orang yang patut dihormati.
  10. Suka berbohong.

Ubat Keras Hati

  1. Memperbaiki iman kepada Allah.

Firman Allah :

وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ

“Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (At-Taghabun : 11)

  1. Belajar ilmu agama.

Sabda Nabi saw :

مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّينِ

“Barangsiapa yang Allah hendak orang itu menjadi baik maka akan diberi ia faham hukum-hukum agama.”

  1. Memerhati dan memikirkan maksud kandungan ayat-ayat Al-Quran.

Firman Allah :

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ‌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

“Belumkah tiba waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka). Dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang sebelumnya yang telah diturunkan Al-Kitab kepadanya kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik”. (Al-Hadiid : 16)

  1. Ziarah kubur dan ziarah kematian.

Sabda Rasulullah saw :

إِنَّ القُلُوبَ تَصْدَأُ كَمَا يَصْدَأُ الحَدِيد. قِيْلَ : يَا رَسُولَ الله وَمَا جَلاَءُهَا؟ فَقَالَ : تِلاَوَة القُرآن وَذِكْر المَوْت.
أخرجه البيهقى

“Sungguhnya hati menjadi berkarat seperti besi menjadi berkarat. Ditanya akan Rasulullah “Wahai Nabi. Bagaimanakah untuk bersihkan karat tersebut?” Jawab baginda : “Dengan membaca Al-Quran dan ingat kematian.” (Hadith Baihaqi)

  1. Tanamkan sikap rendah diri dan menghormati orang lain.
  2. Makan minum tidak berlebihan dan dari sumber yang halal.
  3. Bersahabat dengan orang yang soleh yang suka kepada akhirat.
  4. Lakukan semua ibadat dan perintah agama yang wajib dan selalu berzikir ingat kepada Allah serta bedoa.

Firman Allah :

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Orang-orang yang tenang hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahui olehmu bahawa selalu menyebut Allah itu menenangkan hati.”

  1. Selalu mendengar nasihat yang baik.
  2. Tinggalkan perbuatan dosa.

Firman Allah :

وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

“Dan Allah tidak akan memberi petunjuk akan orang yang fasik.” (As-Syaf : 5)

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus ( Ogirinal )

Sumber: Facebook Oh!Media 

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa

(Visited 24 times, 5 visits today)