Tanda Tanda Awal “Sakit Buah Pinggang” Yang Perlu Anda Ambil Tahu!.. Jangan Terlambat..

10 TANDA-TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG

#Perubahan dalam pembuangan air kencing

1.Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah. (Sakit Buah Pinggang)

#Kelethan Sepanjang Masa

2. Adakah anda letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.

#Bengkak pada mana mana anggota badan

3. Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badanseperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak. (Sakit Buah Pinggang)

#Ruam dan kegatalan

4. Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.

#Selera makan terganggu

5. Bagaimana pula dengan selera makan anda? Adakah andaterasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

#Loya dan muntah- muntah

6. Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah?  ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

#Sejuk sepanjang masa

7. Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

#Sukar bernafas

8. Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

#Sakit di bahagian belakang atau tepi pinggang

9. Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang. (Sakit Buah Pinggang)

#Kerap pening kepala

10. Adakah anda kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

(Sumber: mauceriasokmo)

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa