Tampil Ayu Persis Mira Filzah 5 Tutorial Tudung Untuk Kamu Cuba

Cemburu rasa hati bila melihat keanggunan dan keayuan Mira Filzah tatkala menggayakan fesyen tudung yang lawa dan menarik, rata-rata ramai yang ingin meniru gaya tudung seperti Mira Filzah. Sebenarnya tak susah mana pun, teknik yang Mira Filzah lakukan cukup ringkas dan mudah saja.

Tak percaya jom lihat tutorial-tutorial tudung yang dilakukan oleh Mira Filzah di bawah!

Gaya Tudung Stail Diamond Square

Cara pemakaian

  • Lipat tudung jadi segi tiga dan pakai tudung di kepala
  • Jadikan tudung sebelah kanan pendek, sebelah kiri panjang
  • Pastikan tudung sebelah kanan betul-betul pendek, dan pinkan tudung
  • Kemudian kemaskan tudung ikut bentuk muka dan lebihan kain tudung sebelah kanan yang pendek itu dimasukkan ke dalam baju
  • Manakala tudung sebelah kiri di bawa ke atas kepala dan pinkan dengan jarum peniti
  • Kemaskan tudung dan pin di kiri dan kanan bahu, siap!

Gaya Tudung Stail Border Plain Twill

Cara pemakaian

  • Lipat tudung segi tiga, pakai tudung di atas kepala
  • Tudung sebelah kanan panjang sedikit dan tudung sebelah kiri pendek sedikit
  • Ambil jarum peniti dan pinkan tudung di kiri dan kanan kepala (area atas telinga)
  • Lebihan tudung yang panjang di sebelah kanan, bawa ke sebelah kiri dan masukkan ke dalam tudung
  • Kemudian sorokkan tudung sebelah kanan tersebut di dalam baju
  • Selepas itu, kemaskan tudung hingga cantik terletak. Kemudian tudung sebelah kanan yang dimasukkan ke dalam tudung sebelah kiri tadi, dipinkan agar tudung tidak begerak
  • Siap tudung stail plain twill

Gaya Tudung Stail Scarf Ring

Cara pemakaian

  • Lipat tudung jadi segi tiga
  • Pakai tudung macam biasa
  • Ambil scarf ring Ariani (scarf ring ini mempunyai empat gelung bulat di kiri dan kanan)
  • Ambil hujung tudung sebelah kanan dan masukkan ke dalam gelung dan lilit tudung sekali lagi ke dalam gelung (macam dalam video atas)
  • Lakukan perkara yang sama pada hujung tudung sebelah kiri
  • Tudung akan kelihatan seperti digari, kemaskan hujung tudung dan tarik tudung sedikit tinggi (ikut macam dalam video)
  • Kemudian pusing tudung (macam dalam video) dan masukkan tudung di kepala
  • Kemaskan kain tudung di leher dan kepala agar jadi kemas dan terletak
  • Dah siap tudung stail scarf ring

Gaya Tudung Stail Mini Voile Labuh

Cara pemakaian

  • Lipat tudung segi tiga tapi ambil lipatan segi tiga sedikit saja (pastikan corak tudung berada di atas kepala)
  • Tudung sebelah kanan pendek sedikit dan tudung sebelah kiri panjang
  • Kemudian rapatkan kain tudung ke muka dan pinkan dengan jarum peniti disebelah kanan
  • Manakala tudung disebelah kiri dibawa ke sebelah kanan kepala dan pinkan dengan jarum peniti
  • Kemaskan tudung di bahu dan pinkan
  • Kemudian tudung sebelah kanan dipinkan di tepi muka, kemaskan tudung dan siap

Gaya Tudung Stail Puteri Hang Li Po

Cara pemakaian

  • Lipat tudung jadi segi tiga, jadikan tudung sebelah kanan panjang sedikit dan tudung sebelah kiri pendek sedikit
  • Bentukkan tudung mengikut bentuk muka dan pinkan tudung di tepi muka menggunakan jarum peniti di kiri dan kanan (macam dalam video)
  • Kemudian bawa kain tudung kebelakang dan pinkan tudung di belakang
  • Kemudian ikat kain tudung menggunakan getah rambut (cara ikat macam ikat rambut)
  • Kemaskan litupan di muka, bawa lebihan tudung ke hadapan (nak bawa lebihan sebelah saja atau kedua-dua sekali terpulang)
  • Tudung stail Puteri Hang Li Po siap!

Kamu nak nampak cantik, ayu dan anggun seperti Mira Filzah bolehlah cuba stail tudung yang digayakan oleh Mira diatas, InsyaAllah kamu nampak lebih manis dan ayu persis Mira Filzah!

Rujukan: 1,

The post Tampil Ayu Persis Mira Filzah 5 Tutorial Tudung Untuk Kamu Cuba appeared first on Wanista.com.

(Visited 2 times, 1 visits today)