Tak Perlu Meraba Dalam Gelap, Pasang Lampu Ini Yang Automatik Menyala Bila Ada Pergerakan

Elok sangat kalau pasang lampu ini bulan Ramadan untuk mudahkan isteri. Jadi tak perlulah meraba dalam gelap cari suis lampu waktu nak sediakan sahur.

Lampu LED ini akan terus menyala bila mengesan pergerakan. Bestnya kita boleh pasang sendiri saja. Caranya boleh ikut perkongsian Hafiz Rauzan ini.

Nak review sikit lampu LED yang boleh nyala bila motion/pergerakan kita dekat dengan sensor lampu ni.

Apa bestnya lampu ni

1. Pakai bateri 3 biji AA
2. Lampu ni takkan ON ketika hari cerah (pagi, petang) jadi jimat bateri.
3. Dalam gelap nak mencari suis lampu dapur, LED ini membantu ia akan nyala dulu jadi tak perlu meraba dalam gelap.


4. Tak perlu paku atau wiring bagai, lekat je kat mana- mana dah settle.
5. Bukan dapur saja, boleh tampal kat mana-mana kabinet, bawah katil dan sebagainya.

Boleh rujuk video ini untuk fungsinya.

Boleh cari lampu ni di laman web beli belah ya.

Sumber: Hafiz Rauzan

(Visited 20 times, 1 visits today)