Tak Perlu Beli Dah, Buat Sahaja Pretzel Sendiri Di Rumah. Memang Sedap!

Jika anda merupakan seorang peminat pretzel, cubalah buat sendiri di rumah dengan resipi perkongsian oleh Echot Aisyah Meor Zahid ini. Tak perlu beratur panjang lagi di Auntie Anne’s. Barulah puas makan bila buat sendiri kan? Banyak adunan anda boleh dapat. Terbaik!

RESIPI PRETZEL ALA AUNTIE ANNE’S

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan susu segar
  • 1 1/2 sudu besar yis
  • 6 sudu besar gula perang
  • 4 sudu besar mentega (lembut pada suhu bilik)
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil garam halus
  • 1/3 cawan baking soda
  • 3 cawan air suam
  • 1/4 cawan garam kasar
  • 8 sudu besar mentega (dicairkan)

CARA PENYEDIAAN:

1. Suamkan susu dengan microwave atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari)

2. Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.

3. Masukkan mentega dan gula. Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus. Uli dengan mixer dan dough hook, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.

4. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.

5. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.

6. Preheat oven ke 230ºC.

7. Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang.

8. Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas.

9. Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper.

10. Renjis dengan garam kasar.

11. Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.

12. Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.

13. Sedap dihidangkan dengan dipping sos: Sos Karamel, sos Coklat, serbuk kayu manis bergula, sos butterscotch, garlic cream cheese dan sebagainya.

Kredit Resipi & Foto: Echot Aisyah Meor Zahid

Anda Juga Boleh Cuba Resipi Ini:

The post Tak Perlu Beli Dah, Buat Sahaja Pretzel Sendiri Di Rumah. Memang Sedap! appeared first on RASA.

(Visited 6 times, 1 visits today)