Tak Habis Covid-19, China Cetuskan Lagi Virus Baru

Dinamakan sebagai G4, penyelidik di China telah menemui sejenis selesema babi baharu yang mungkin berpotensi mencetuskan pandemik. Selesema babi baharu ini atau G4 secara genetik berasal daripada selesema babi H1N1 yang mencetuskan pandemik pada tahun 2009.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal saintifik, Proceedings of National Academy of Sciences (PNAS) sejenis penyakit ini, atau digelarkan sebagai virus G4, telah menunjukkan beberapa ciri yang mungkin dapat mencetuskan pandemik pada tahun ini.

Foto – ScienceMag

Sebanyak 30,000 nasal swab telah diambil daripada khinzir di pusat-pusat penyembelihan di 10 wilayah China dan di hospital veterinar dari tahun 2011 sehingga tahun 2018. Hasil nasal swab ini menyebabkan penyelidik dapat mengasingkan sebanyak 179 virus selesema babi.

Kepelbagaian jenis ujian dilakukan termasuk ujian terhadap musang. Ujian terhadap musang digunakan secara meluas dalam melakukan kajian kerana haiwan ini mempunyai gejala yang sama seperti manusia terutamanya demam, batuk dan bersin.

G4 dilihat sebagai sejenis virus yang mempunyai potensi yang tinggi untuk dijangkiti, iaitu virus tersebut akan meniru sel manusia dan menyebabkan simptom yang serious terhadap musang berbanding dengan virus yang lain. Ujian selesema yang bermusim yang dijalankan menunjukkan imuniti manusia tidak membantu mereka dalam melindungi diri daripada terkena virus G4.

Foto – The Print

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata, “China telah memerhatikan perkembangan tersebut dan akan mengambil pelbagai langkah untuk mencegah virus tersebut daripada menular dan mencetuskan kebimbangan kepada rakyat.”

Foto – The Quartz

Penternakan khinzir merupakan industri terbesar di China dan khinzir berpotensi besar dalam menjadi hos penyebaran virus influenza.

James Wood, Head of Verinary Medicine at University of Cambridge berkata, “Kita perlu berhati-hati kerana kita sentiasa berisiko dengan kemunculan zoonotic pathogens dan haiwan ternakan. Ini kerana manusia mempunyai kontak yang rapat dengan haiwan ternakan berbanding dengan binatang liar dimana dapat bertindak sebagai sumber virus pandemik.

Zootnic pathogens merupakan patogen yang disebarkan secara semula jadi antara manusia dan haiwan. Penyebaran ini terjadi melalui udara, air, makanan yang tercemar atau dari tangan ke mulut.

China telah membuka laluan ke negaranya pada bulan Mac setelah beberapa wilayahnya mempunyai koronavirus atau dikenali sebagai Covid-19. Berikutan dengan kes-kes tempatan yang telah berlaku dalam beberapa minggu ini, wilayah-wilayah yang telah dijangkiti mula menjalani kembali perintah berkurung untuk menyekat penularan.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

The post Tak Habis Covid-19, China Cetuskan Lagi Virus Baru appeared first on Wanista.com.

(Visited 1 times, 1 visits today)