Tak Cuba Memang Rugi.. Bukan Setakat Buang Lemak Degil, Sakit Lutut Dan Badan Banyak Angin Pun Boleh Amalkan..

PETUA KURUSKAN BADAN

Dalam bebanyak resepi kuruskan badan. Resepi ni yang Aisyah simpul ikat mati sampai sekarang. Serious cakap, resepi air kurus viral ni best sangat.

Camana la tak best, air kurus viral ni bukan takat boleh buang lelemak degil jek. Tapi dia bagus tuk SAKIT LUTUT, KOLESTROL, buang ANGIN semua. Tapiii yang paling best, ramai bagi feedback kulit muka makin licin pastu tumit kaki pun cantik. Kurang pecah pecah.

Sebab tu Aisyah suka sangat resepi ni. Dah la banyak khasiat, nak buat pun senang.

Jom tengok resepi air kurus viral, kalau bahan dah cukup, malam ni boleh rebus. Untung untung sebelum tahun 2018 berat dah turun sekilo
====================================

AIR KURUS VIRAL

  1. 5 gelas air
  2. 2 batang serai, diketuk
  3. 7 biji cengkih
  4. 1 batang Kayu Manis Ceylon Casadiab
  5. 3 hiris halia di ketuk
  6. 1 biji lemon
  7. Madu

Cara-Cara

  1. Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit atau sampai 4 gelas.
  2. Tutup api, ambik satu gelas air rebusan, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu.
  3. Minum ketika masih suam 30 minit sebelum makan.

*** Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, panaskan atas dapur atau dalam microwave.Perah lemon dan tambah madu. ( ulang jek step macam atas tu)

Minum waktu suam tau, baru mujarab.

Air ni bukan tuk kuruskan badan jek, tapi kalau amalkan minum hari hari, nanti badan kita KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI sebab bebahan yang kita guna semua best best.

Kayu Manis Ceylon Casadiab

  1. boost metabolisme badan
  2. kurangkan kolestrol
  3. Kurangkan selera makan
  4. lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
  5. lancarkan period dan servis dalaman

Serai

  1. bantu penghadaman
  2. buang toksin dalam badan
  3. kurangkan bau badan
  4. cantikkan kulit
  5. kurangkan stress
  6. cairkan lelemak degil
  7. anti kanser
  8. kurangkan kencing manis
  9. kurangkan jerawat kat muka

Halia

  1. buang angin dan toksin dalam badan
  2. pecahkan lemak
  3. hilangkan bau badan
  4. lancarkan perjalanan darah, muka berseri kusam

Lemon

  1. cuci kerak kerak lama dalam usus
  2. bakar lemak degil
  3. ada vit c, bagus untuk kulit
  4. anti kanser
  5. mengempiskan perut

Cengkih

  1. boleh mencegah stroke, cegah darah beku
  2. lancarkan pencernaan
  3. cantikkan kulit
  4. wangikan badan

Madu

  1. melancarkan darah
  2. tambahkan tenaga
  3. antioxidant
  4. mencegah kanser
  5. pemanis semula jadi

#tak_sesuai untuk:

  1. orang mengandung
  2. darah rendah
  3. orang yang makan ubat pencair darah

Selamat mencuba semua
Sumber : Aisyah Badar Bajrai

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa

(Visited 860 times, 1 visits today)