No Image

[VIDEO] ‘Aiyak, Au, Auuuu’ – Wartawan Disondol Lembu Depan Kamera Cuit Hati Netizen

April 10, 2019 rencah7 0

Masalah haiwan peliharaan dilepaskan tanpa pengawasan pemiliknya sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya sudah kerapkali kita dengar. TV3 menerusi segmen Aduan Rakyat melaporkan isu ini semalam dalam Buletin Utama.
Apa yang mencuit hati adalah lembu-lembu terbabit seakan ‘marah’ apabila wartawan Juliana Sharin membuat liputan isu terbabit sehingga menyondolnya di depan kamera.
Tinjau masalah lembu di Klang Krew Aduan Rakyat ke Bukit Tinggi, Klang untuk meninjau masalah lembu berkeliaran di kawasan bandar itu. Juliana kemudiannya membuat stand-upper berlatarbelakangkan beberapa ekor lembu di satu jalan di bandar itu.
Ketika bercakap di depan kamera, salah seekor lembu bertanduk besar telah menyondol wartawan itu. Masih mengekalkan profesionalisme, Juliana tetap meneruskan laporannya seperti biasa walaupun sedikit terganggu dengan insiden tidak disangka itu.
Video berkenaan dimuatnaik ke laman sosial antaranya Facebook dan Twitter sehingga mendapat perkongsian netizen yang geli ha..