Syirik Dalam Diam, PUBG Beri Item Istimewa Bila Sembah Berhala

Awal bulan ini muncul kontroversi panas melibatkan permainan aplikasi dalam telefon pintar, ‘Player Unknown’s Battlegrounds’ (PUBG). Di mana permainan popular ini mempunyai unsur syirik dalam diam, ini dapat di lihat terdapat kaabah dan sejadah di dalam permainan PUBG.

Tetapi selepas ramai yang menegur mengenai isu tersebut, pihak developer PUBG telah mengubahnya dan menggantikan dengan berhala.

Sembah Berhala Untuk Dapatkan Item Istimewa

Foto – Fossbytes

Selepas satu hal selesai, muncul pula satu hal yang baru di mana berhala yang baru dimasukkan ke dalam PUBG ini perlu di sembah jika ingin mendapatkan senjata atau item istimewa atau luar biasa. Perlu diingatkan permainan ini mempunyai pemain dari pelbagai negara dan pelbagai pegangan agama.

Dan di Malaysia terutama terhadap pemain yang beragama Islam khususnya, perlu memandang berat terhadap isu penyembahan berhala di dalam permainan PUBG ini.

Unsur Syirik Dalam PUBG Mobile

Untuk rakan² yg bermain PUBG Mobile, update terbaru ni ada event Jungle Adventure Mode yg mana ada bawa unsur penyembahan Totems. Bila minta bless, nnt dpt item.

Bebenang pendek… pic.twitter.com/nW9M3oR6sF

— Aid Fawzal (@AidFawzal) June 3, 2020

Mungkin ada di kalangan kita semua merasakan ianya adalah satu hal remeh dan cuma permainan semata-mata, apa yang perlu difahami di sini adalah ia melibatkan akidah dan tidak boleh di pandang ringan.

Perbuatan menyembah berhala di dalam permainan PUBG ini adalah syirik, ia adalah perbuatan menyekutukan Allah S.W.T.

Ni lagi bukti yang bukan melayu Muslim sahaja berikan peringatan kepada semua dan tekanan kepada game developer. Tapi Muslim seluruh dunia juga. pic.twitter.com/BRGEOm6RMF

— Aid Fawzal (@AidFawzal) June 6, 2020

Pandangan Dari Sudut Syarak

Foto – Facebook

Markaz al-Azhar

Markaz al-Azhar dalam fatwa elektronik menyatakan, “Setelah perbincangan serta meneliti permainan ini, maka diharamkan untuk bermainnya. Ini bertujuan untuk menjaga kemaslahatan individu dan masyarakat serta menyeru agar tidak bermain dengan permainan ini”.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud “dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (bersikap bakhil)”

Majlis Ifta Palestin

Majlis tertinggi fatwa Palestin menyatakan hukum bermain PUBG dilarang, Majlis Ifta Palestin menyatakan permainan ini harus dikawal kerana disebalik kemudharatan itu terdapat sedikit kebaikan dan hiburan serta dapat mempelajari beberapa kemahiran.

Selain itu, terdapat keburukan seperti penggunaan bahasa kasar dan provokasi bertujuan untuk membangkitkan semangat untuk berperang.

China

Pihak berkuasa China juga telah mengharamkan permainan ini atas alasan ia bertentangan dengan nilai-nilai sosial dan etika serta budaya masyarakat China.

Foto – Arkib Wanista

Banyak pandangan di laman sosial memberi pandangan, jka suatu permainan itu lebih banyak memberi keburukan dari kebaikan, elakkanlah dari terus bermain apatah lagi ia libatkan akidah dan perkara yang mensyirikkan Allah S.W.T Allahualam.

Rujukan: 1, 2, 3,

The post Syirik Dalam Diam, PUBG Beri Item Istimewa Bila Sembah Berhala appeared first on Wanista.com.

(Visited 3 times, 1 visits today)