Syafaat Di Hari Kiamat

Syafaat ertinya pertolongan Allah atau pertolongan orang-orang yang diberi izin oleh Allah pada hari ki4mat nanti untuk menolong umat yang dalam kesusahan atau menolak mudh4rat yang berlaku atas mereka atau menambah darjat di dalam syurga.

Dalil adanya Syafaat dari Al-Quran

Firman Allah:

قُلْ لِلَّهِ الشَّفَاعَةُ جَمِيعًا لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُون
“Hanya kepunyaan Allah syafaat itu semuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan segala langit dan bumi. Kemudian kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.” (Az-Zumar: 44)

Dan firman Allah:

وَنَسُوقُ الْمُجْرِمِينَ إِلَى جَهَنَّمَ وِرْدًا. لَا يَمْلِكُونَ الشَّفَاعَةَ إِلَّا مَنِ اتَّخَذَ عِنْدَ الرَّحْمَنِ عَهْدًا
“Dan Kami akan menghalau orang-orang yang derh4ka kepada ner4ka Jahannam dalam keadaan dahaga.  Mereka tidak berhak mendapat syafaat kecuali orang yang telah mengadakan perjanjian di sisi Tuhan Yang Maha Pemurah.” (Maryam: 86-87)

Dan firman Allah:

وَتَبَارَكَ الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَعِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ وَلَا يَمْلِكُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ الشَّفَاعَةَ إِلَّا مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُون
“Dan Maha Suci Tuhan Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya. Dan di sisi-Nyalah pengetahuan tentang hari ki4m4t dan hanya kepada-Nyalah kamu semua akan dikembalikan. Dan sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memberi syafaat akan tetapi (orang yang dapat memberi syafaat ialah) orang yang mengakui yang hak (tauhid) dan mereka meyakini(nya).” (Az-Zukhruf: 85-86)

Dan firman Allah:

يَوْمَئِذٍ لَا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَنُ وَرَضِيَ لَهُ قَوْلاً
“Pada hari itu tidak berguna syafaat kecuali (syafaat) orang yang Allah telah memberi izin kepadanya dan Dia telah meredhai perkataannya.” (Toha: 109)

Dan firman Allah:

وَلَا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ عِنْدَهُ إِلَّا لِمَنْ أَذِنَ لَهُ حَتَّى إِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ
“Dan tiadalah berguna syafaat di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperoleh syafaat itu sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka lalu mereka berkata: “Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab: “(Perkataan) yang benar dan Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (As-Saba’: 23)

Dan firman Allah:

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya) yang tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Al-Baqarah: 255)

Dan hendaklah diketahui bahawa syafaat pada hari kiamat semuanya dengan izin dan redha dari pada Allah Taala.

Firman Allah:

وَكَم مِّن مَّلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ لَا تُغْنِي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا إِلَّا مِن بَعْدِ أَن يَأْذَنَ اللَّهُ لِمَن يَشَاء وَيَرْضَى
“Betapa ramai malaikat di langit yang tidaklah syafaat mereka bermanfaat melainkan setelah Allah memberi izin untuk orang yang Dia kehendaki dan Dia redhai.” (An-Najm : 26)

< Dalil adanya Syafaat dari Hadith

Rasulullah SAW bersabda:

شَفَاعَتِى لأَهْلِ الْكَبَائِرِ مِنْ أُمَّتِى
“Syafaatku untuk umatku yang mengerjakan dosa besar”. (Hadith riwayat Abu Daud & Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda:

لِكُلِّ نَبِىٍّ دَعْـوَةٌ مُسْـتَجَابَةٌ فَتَعَجَّـلَ كُلُّ نَبِىٍّ دَعْوَتَـهُ وَإِنِّى اخْتَبَأْتُ دَعْـوَتِى شَــفَاعَةً لأُمَّـتِى يَوْمَ الْقِيَـامَـةِ فَهِىَ نَائـِلَةٌ إِنْ شَـاءَ اللَّهُ مَنْ مَـاتَ مِنْ أُمَّـتِى لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا
“Setiap Nabi mempunyai doa yang mustajab maka setiap Nabi doanya dikabulkan segera sedangkan aku menyimpan doaku untuk memberikan syafaat kepada umatku di hari kiamat. Syafaat itu insyaAllah diperoleh umatku yang meninggal tidak menyeku tukan Allah dengan sesuatu apapun.” (Hadith riwayat Muslim & Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda:

أَتَانِى آتٍ مِنْ عِنْدِ رَبِّى فَخَيَّرَنِى بَيْنَ أَنْ يُدْخِلَ نِصْفَ أُمَّتِى الْجَنَّةَ وَبَيْنَ الشَّفَاعَةِ فَاخْتَرْتُ الشَّفَاعَةَ وَهِىَ لِمَنْ مَاتَ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا
“Telah datang kepadaku malaikat dari sisi Tuhanku Azza wa Jalla lalu memberikan pilihan kepadaku  antara separuh umatku akan dimasukkan ke dalam syurga atau syafaat. Maka aku memilih memberi syafaat dan syafaat ini untuk orang yang meningg4l dunia dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun.” (Hadith riwayat Tirmizi & Ibnu Hibban)

Rasulullah SAW bersabda:

خُيِّرْتُ بَيْنَ الشَّفَاعَةِ وَبَيْنَ أَنْ يَدْخُلَ نِصْفُ أُمَّتِى الْجَنَّةَ فَاخْتَرْتُ الشَّفَاعَةَ لأَنَّهَا أَعَمُّ وَأَكْفَى أَتُرَوْنَهَا لِلْمُؤْمِنِيْنَ الْمُتَّقِينَ؟ لاَ, وَلَكِنَّهَا لِلْمُذْنِبِينَ الْخَطَّائِينَ الْمُتَلَوِّثِينَ
“Aku diberi pilihan antara syafaat dan separuh umatku akan dimasukkan ke syurga. Maka aku memilih syafaat, kerana syafaat itu lebih umum dan lebih banyak. Apakah kamu sekalian melihat bahawa syafaat itu untuk orang-orang mukmin yang bertaqwa? Tidak, akan tetapi syafaat itu untuk orang-orang yang berd0sa, penuh kesalahan dan banyak kotoran.” (Hadith riwayat Ahmad & Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda:

يَخْرُجُ قَوْمٌ مِنَ النَّارِ بِشَفَاعَةِ مُحَمَّدٍ فَيَدْخُلُونَ الْجَنَّة
“Ada satu kaum akan keluar dari ner4ka lantaran syafaat Muhammad, lalu mereka masuk ke dalam syurga.” (Hadith riwayat Bukhari & Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda :

أَنَا أَوَّلُ النَّاسِ يَشْفَعُ فِى الْجَنَّةِ وَأَنَا أَكْثَرُ الأَنْبِيَاءِ تَبَعًا
“Aku adalah orang yang pertama sekali akan memberikan syafaat di syurga dan aku adalah Nabi yang paling banyak pengikutnya.” (Hadith riwayat Muslim)

Diriwayatkan dari Jabir ra. berkata ia:

فإنه مقامُ مُحَمَّدٍ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم المحمودُ الذي يُخرِجُ اللهُ به من يُخرِجُ
“Maka sesungguhnya kedudukan Nabi Muhammad saw yang terpuji yang akan mengeluarkan oleh Allah siapa saja yang akan dikeluarkan dari ner4ka dengan sebab syafaat baginda.” (Hadith riwayat Muslim)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. Beliau berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ ، مَنْ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ؟ قَالَ رَسولُ اللَّهِ –صلى الله عليه وسلم – : لَقَدْ ظَنَنْتُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَنْ لاَ يَسْأَلَنِى عَنْ هَذَا الْحَدِيثِ أَحَدٌ أَوَّلُ مِنْكَ ، لِمَا رَأَيْتُ مِنْ حِرْصِكَ عَلَى الْحَدِيثِ ، أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ خَالِصًا مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِه
Saya katakan: “Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaatmu di hari ki4mat?” Baginda bersabda: “Sungguh aku telah mengira wahai Abu Hurairah hendaklah jangan ada seseorang yang lebih dahulu dari kamu menanyakan tentang hadith ini kerana aku memang melihat keinginanmu yang keras untuk mendengarkan hadith. Orang yang paling bahagia dengan syafaatku di hari ki4mat adalah orang yang mengucapkan, “LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH” dengan tulus dari hatinya atau jiwanya.” (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Ahmad)

Diriwayatkan dari Ummu Habibah ra. berkata ia, Rasulullah SAW bersabda:

أُرِيْتُ مَا تَلَقَّى أُمَّتِيْ بَعْدِيْ وَسَـفَكَ بَعْضُهُمْ دِمَاءَ بَعْضٍ فَأَحْزَنَنِيْ وَسَـبَقَ لَهُمْ مِنَ اللهِ مَا سَــبَق لِلْأُمَـمِ قَـبْلَـهُمْ. فَسَــأَلْتُ اللهَ أَنْ يُؤْتِيَـنِي فِيْهِمْ شَــفَاعَةً يَوْمَ اْلقِيَامَةِ فَفَعَـلَ
“Diperlihatkan kepadaku apa yang akan diperoleh umatku sesudahku. Sebahagian mereka akan menumpahkan darah sebahagian yang lain, sehingga menyedihkan hatiku, dan mereka memang telah ditakdirkan oleh Allah sebagaimana telah mentakdirkan umat-umat sebelum mereka. Maka saya memohon kepada Allah agar memberikan padaku syafaat untuk mereka di hari ki4mat, maka Allah membenarkannya.” (Hadith riwayat Imam Ahmad, Imam Thabrani, Imam Ibnu Huzaimah)

Jenis-jenis Syafaat

Tersebut pada kitab As-Syifa Fii Huquqi Al-Musthafa bahawa syafaat itu ada lima jenis:

Syafaat Pertama:
Syafaat yang khusus dengan perantaraan Nabi kita Muhammad SAW. Syafaat ini bersifat menenangkan situasi dan mepercepat hisab kerana lamanya manusia berdiri di tanah lapang pada hari ki4mat. Tidak seorang jua yang boleh memberikan syafaat ini kecuali baginda dan ini merupakan “syafaat uzhma (syafaat paling agung)”. Tidak ada seorang pun yang mengingkari syafaat ‘uzhma ini.

Syafaat Kedua:
Syafaat untuk memasukkan manusia ke syurga tanpa hisab. Dan syafaat ini juga khusus pada Nabi Muhammad SAW.

Syafaat Ketiga:
Syafaat untuk orang yang ditetapkan masuk ke dalam ner4ka lalu Nabi saw memberikan syafaat kepada mereka dan kepada siapa saja yang dikehendaki Allah lalu mereka diputuskan tidak masuk ke dalam neraka.

Syafaat Keempat :
Syafaat bagi orang-orang yang banyak d0sa dan telah masuk ner4ka. Banyak sekali hadith sahih menerangkan bahawa dikeluarkan mereka dari ner4ka lantaran syafaat Nabi kita saw, seluruh para Nabi a.s. dan para malaikat dan orang-orang soleh dari hamba-hamba Allah yang mukmin.

Syafaat Kelima :
Tentang penambahan darjat di dalam syurga untuk ahli syurga yang amal-amalnya tidak cukup untuk mencapai darjat yang tinggi itu.

Semoga kita semua akan memperolehi syafaat Nabi Muhammad saw dan syafaat seluruh mereka yang diizinkan Allah memberi syafaat di akhirat nanti dan semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk menjadi umat Nabi Muhammad saw yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Amiin.

Wallahua’lam.

Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih

Sumber : Oh Media