Sukatan Mudah Buat Rempeyek, Puas Hati Boleh Letak Bilis & Kacang Banyak Mana

Nampak macam susah tapi bila tengok resipi yang dikongsi Suhada Ghads ini macam senang jer nak buat rempeyek.

So tahun ni apa kata buat sendiri, bole letak banyak bilis atau kacang banyak, ikut cita rasa. Barulah best.

Boleh ikut resipi Suhada ni ya.

Bahan-bahan:

3 cawan tepung beras (saya guna cap 3 Gajah)
1 cawan tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
¹/² cawan ketumbar (blend kering)
1 sudu (B)jintan manis (blend kering)
200g udang kering (blend kering)
2 biji telur
1 cawan santan
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara membuat

1. Ikan bilis dan kacang cuci bersih dan tos.

2. Bancuh sahaja semua adunan kecuali kacang dan bilis. Air secukupnya. Bancuhan jangan pekat, jangan cair sangat.

3. Boleh mula menggoreng. Letaklah kacang dan ikan bilis mengikut selera.

4. Siap

Selamat mencuba

Sumber:Suhada Ghads

The post Sukatan Mudah Buat Rempeyek, Puas Hati Boleh Letak Bilis & Kacang Banyak Mana appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 52 times, 1 visits today)